Antara cafe yang best dan santai di Miri
Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba. Miri, Sarawak, merupakan sebuah bandar yang terletak di utara Borneo, Malaysia. Selain daripada keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, Miri juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan yang kaya dengan pelbagai rasa dan tekstur.
Selain daripada makanan, kafe-kafe di Miri juga menawarkan suasana santai yang sempurna untuk menikmati pengalaman bersantap sambil menikmati pemandangan kota yang ramai. Jika anda ingin mencari port lepak yang santai dan juga menawarkan makanan serta minuman yang best, kami sediakan 3 cafe menarik di Miri untuk anda cuba.
1. Route 66 Cafe
Bagi penggemar kopi, Route 66 Cafe memberikan pengalaman menghirup kopi berkualiti tinggi dibuat oleh barista yang berpengalaman. Kopi yang disediakan bukan sahaja kelihatan cantik namun rasanya juga memang padu. Di sini juga ada menyediakan pastri yang menarik dan suasana di cafe ini juga santai dan amat sesuai untuk lepak bersama rakan.
Maklumat penting
Lokasi: Pak San Bundle, Lutong, 98000, Sarawak
Waktu operasi: 8am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-6pm (Sabtu & Ahad)
Hubungi mereka: 085-654 759
2. JS.Coffee&Cakes Cafe
Penggemar kopi bersama kek ini adalah tempat yang sesuai buat anda. Di sini, mereka menghidangkan pelbagai jenis pastri yang menarik seperti cream puffs, tarts dan pelbagai jenis kek yang sedap. Bagi yang kurang gemar minum kopi, anda boleh cuba matcha latte mereka diperbuat daripada matcha powder yang berkualiti tinggi. Lepak bersama kawan dan juga orang tersayang amatlah sesuai di sini.
Maklumat penting
Lokasi: Lot 3565 (Ground Floor), Block 5, Al-Bayt Square, 101 Commercial Centre 98000 Miri, Sarawak, Malaysia.
Waktu operasi: 9:30am-6:30pm
Hubungi mereka: 011-2640 8009
3. Goya Cafe
Kalau anda ke Goya Myy ini, pasti anda akan rambang mata melihat variasi makanan yang ditawarkan mereka. Semua menu makanan dan pastri di sini amatlah menarik dan semestinya sedap. Tempat ini juga amat sesuai untuk lepak dan bersantai bersama rakan mahupun dengan keluarga.
Maklumat penting
Lokasi: Lot 3565 (GF), BLK 5, 101 Commercial Centre, Al-Bayt Square, 98000 Miri, Sarawak.
Waktu operasi: 9:30am-6:30pm
Hubungi mereka: 013-312 4416
Selain daripada Mee Kolok dan Laksa Sarawak, suasana santai di kafe-kafe setempat menambah lagi daya tarikan bandar ini sebagai destinasi makanan yang menarik. Oleh itu, bagi sesiapa yang mencari pengembaraan masakan atau makanan yang memuaskan di Borneo, Miri, Sarawak, pastinya menjadi pilihan yang memuaskan selera dan menggamit kenangan yang tidak dapat dilupakan.