• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu

Oleh
Nazihah AN
20 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu

Berkhemah sambil menikmati pantai yang indah

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu. Anda mahu berkhemah di tepi pantai tetapi mahu semuanya lengkap? Jangan risau, kami ada cadangan lokasi berkhemah yang pasti memuaskan hati anda.

Bukan itu sahaja, anda pasti merasai pengalaman berbeza menginap di sini kerana tapak khemah ini bukan seperti tapak khemah yang biasa.

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu.
Kredit gambar: FB Permata Pugu Camping Site

Permata Pugu Camping Site terletak di tepi pantai Kampung Pugu Lundu dan mengambil masa sekitar 2 jam dari Bandaraya Kuching. Konsep camping site ini memberi pilihan kepada penginap dimana mereka boleh berpilih untuk bermalam dalam khemah, menginap dalam kabin yang selesa di tepi pantai atau membawa khemah sendiri untuk didirikan di situ.

Menawarkan Pemandangan Indah

Sekiranya anda berminat untuk menginap disini, anda akan ditawarkan pemandangan keindahan pantai dengan laut yang membiru. Malah, anda akan dikelilingi gunung dan bukit yang cantik dipandang.

Anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti santai disini bersama keluarga dan rakan-rakan anda seperti bermain layang-layang, bersiar-siar di sepanjang pantai, berenang, memancing, BBQ, malah suasana di sini sangat menarik dan boleh dijadikan latar untuk aktiviti fotografi. Selain itu, sekiranya anda bermalam di sini dan cuaca mengizinkan, anda bakal menikmati pemandangan taburan bintang pada waktu malam yang sangat mengagumkan.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti lasak sikit, anda boleh sahaja mendaki Bukit Gondol dan terus berkhemah di situ!

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Kredit gambar: FB Mohammad Gadafi Mas
Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Kredit gambar: FB Permata Pugu Camping Site

Pilih Mana-Mana Khemah Atau Kabin Ikut Kesesuaian Anda

Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh berpilih untuk menginap dalam khemah sedia ada. Jangan risau, semua khemah sudah dilengkapi dengan kemudahan seperti kipas, tilam dan bantal (tapi digalakkan untuk bawa bantal dan selimut sendiri jika anda tidak mahu ‘bersaing’ selimut dengan rakan anda. Hehe)

Sekiranya anda berpilih untuk bermalam dalam kabin, campsite ini juga menyediakan kabin untuk keselesaan anda.

Jika cuaca mengizinkan, anda boleh juga tidur atas buaian yang disediakan (jangan lupa guna insect repellent!)

Anda boleh bersantai dalam antara pondok-pondok tersedia ada di persekitaran campsite.

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Kredit gambar: FB Noor Sopi
Lokasi
No telefon
Facebook

Jalan masjid Kampung Pugu, Lundu

  • 019-809 0733
  • [email protected]

FB 👉🏻 https://www.facebook.com/pugucampingsite

Lagi tempat yang sesuai untuk anda sekeluarga pergi camping. Baca di bawah:

Santai Sambil ‘Healing’, Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping
Boleh Piknik, Camping Dan BBQ, Subee Homestay Di Bau Tawar Percutian Menarik Untuk Anda
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gerald Goh Pelukis Sarawak Pertama, Catat Malaysia Book Of Record Pamer Karya Di Perancis Gerald Goh Pelukis Sarawak Pertama, Catat Malaysia Book Of Record Pamer Karya Di Perancis
Next Article Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?