• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online

Oleh
Ismail NA
11 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online

Tak Perlu Susah-Susah, Bayar ‘Online’ Pun Boleh Bah!

Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online. Bulan puasa tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sudahkah anda menggantikan puasa anda yang tercicir tahun lepas dengan lengkap? Atau anda tidak sempat berbuat demikian? Jika begitu, anda haruslah membayar fidyah bagi menggantikan puasa anda yang ditinggalkan.

Apa Itu Fidyah?

Secara ringkasnya, fidyah ialah sejumlah bayaran denda yang dikenakan ke atas seorang individu Muslim yang tidak meninggalkan puasanya pada sesuatu tahun dan tidak menggantikannya sehinggalah tiba Ramadan tahun berikutnya. Kebiasaannya, kadar denda ini dikira berdasarkan kadar makanan ruji penduduk iaitu secupak beras. Kadarnya pula berbeza mengikut tempat. Hukum membayar fidyah adalah wajib, ya.

Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online

Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa yang tertinggal, pembayaran fidyah anda kini lebih mudah apabila urusan pembayaran kini boleh dilakukan secara atas talian di portal pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak iaitu Baitulmal Kamek.

Seorang pengguna Facebook, Haidzum Hazwani Hairi telah memuatnaik panduan pembayaran fidyah secara ‘online‘ menerusi portal tersebut untuk kemudahan umat Muslim terutamanya pada musim wabak yang tidak menentu ini. Jadi, ada baiknya juga platform digital sebegini diwujudkan kerana ia dilihat lebih menjamin keselamatan dan kesihatan orang awam masa kini.

Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Melakukan Pembayaran Online

Jadi, bagaimana hendak melakukan pembayaran fidyah secara ‘online’? Ikuti langkah ringkas seperti yang disyorkan oleh saudara Haidzum ini.

1. Log masuk ke portal Baitulmal Kamek. Daftar baru sekiranya anda belum mendaftar.

Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online
Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online

2. Klik bahagian ‘Bayaran‘. Kemudian, pilih ‘Semua Produk TBS’.

Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online

3. Pilih produk ‘Fidyah‘ dan masukkan jumlah fidyah yang ingin anda bayar. Tekan ‘Tambah‘. Ringkasan bayaran anda akan terpapar di bahagian bawah.

Mudah Dan Cepat, Ini Cara Bayar Fidyah Secara Online

4. Setelah anda yakin dengan jumlah fidyah yang anda masukkan, tekan ‘Seterusnya‘ untuk proses pembayaran. Ada tiga pilihan pembayaran disediakan iaitu melalui VISA, Mastercard dan FPX.

5. Selesai! Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran online ini tidak tertakluk kepada pembayaran fidyah sahaja tetapi juga pembayaran lain seperti pembayaran zakat (emas/perak, saham, pendapatan, perniagaan, KWSP, tanaman, ternakan serta wang simpanan).

Wah! Sekarang semuanya telah beralih ke zaman digital. Ini merupakan suatu insiatif yang wajar daripada Tabung Baitulmal Sarawak bagi menggalakkan pelanggannya berurusan secara maya selain mengurangkan risiko terdedah dengan wabak apabila dilakukan secara bersemuka.

Kadar Zakat Fidyah 2024 anda boleh semak di bawah:

Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah 2024 Ikut Negeri
Hanya Guna Kiosk Di Majma Mall Kuching, Anda Boleh Bayar Zakat, Bil Dan Tambah Nilai Prabayar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SCALE Sarawak, Program Sokongan 6 Bulan Untuk Usahawan Anjuran TEGAS
Next Article Dr Zul Saran Makan Kurma Butter Sempena Bulan Ramadan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?