Extra gak roti canai telur ni 😅
Cara Roti Canai ‘Telur’ Dibuat Di Restoran US Ini Dibahan Netizen. Apabila anda menetap di luar negara dan tiba-tiba mengidam makanan tempatan, selalunya sukar untuk mencari tempat makan yang boleh menghidangkan makanan yang biasa kita makan di tanah air.
Bagi netizen ini, dia menyangka boleh memuaskan rasa rindunya dengan memesan roti canai telur tetapi apa yang mengejutkannya, mendapat hidangan yang kena remix pula!
“Sangat melucukan,” – netizen
Menurut pengguna u/SC2_StorM yang berkongsi hidangan ‘unik’ itu di Reddit, dia berkata bahawa dia berada di sebuah restoran Singapura di Amerika Syarikat dan memesan roti canai.
Dalam menu tersebut, beliau berkata roti prata yang dihidangkan mempunyai pilihan ‘tambah telur’ dan memutuskan untuk menjadikan tempahannya sebagai roti canai telur.
Kami pasti anda tahu bagaimana rupa roti canai telur, tetapi untuk menyegarkan ingatan anda beginilah rupanya:
Namun, daripada menerima roti canai telur, dia dihidangkan ini sebaliknya!
Mengenai ‘versi’ roti telur tersebut, pengguna Reddit itu berkata dia agak terkejut melihat hidangan luar biasa itu, yang kelihatan seperti restoran berkenaan menebuk lubang di tengah-tengah roti prata itu untuk meletakkan telur mata.
Sementara itu, pengguna Reddit itu juga berkata kari yang dihidangkan bersama ‘roti telur’ itu mempunyai rasa ‘manis’ dan mengesahkan perisanya berbeza daripada kari yang sering dihidangkan bersama roti canai telur yang kita biasa makan.
“Kenapa kari tu rupa macam lemak cili padi?” – netizen
Rata-rata netizen yang melihat roti ‘telur’ yang unik itu tidak berasa puas dengan cara penyajian roti canai telur tersebut.
Walaupun pengguna Reddit yang berkongsi gambar itu enggan menyatakan nama restoran tersebut, terdapat beberapa netizen yang memberi pendapat ‘pedas’ mereka tentang roti canai itu:
Pengguna Reddit itu kemudian menilai pengalamannya di restoran itu, dengan nilai 7.5/10 jika seorang warga asing yang ingin merasai makanan tempatan Singapura dan Malaysia, tetapi 5/10 jika orang Asia Tenggara makan di sana.
Kalau korang dihidangkan dengan variasi makanan yang biasa anda makan, apakah perasaan anda? Adakah anda masih sanggup nak cuba?
