I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Bua Noi, Gorila Betina Paling Sunyi Di Dunia Dikurung 30 Tahun Di Pusat Beli-Belah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kenali Bua Noi, Gorila Betina Paling Sunyi Di Dunia Dikurung 30 Tahun Di Pusat Beli-Belah

Oleh Eizzuddin Emir 29 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Membesar di pusat beli-belah sejak kecil

Kenali Bua Noi, Gorila Betina Paling Sunyi Di Dunia Dikurung 30 Tahun Di Pusat Beli-Belah. Sepanjang riwayat hidupnya, seekor gorila betina menghabiskan masa dalam sangkar besi di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Bangkok, digelar gorila paling sunyi di dunia.

Diberi nama Bua Noi, gorila berusia 33 tahun itu telah diletakkan di dalam sangkar besi sewaktu umurnya baru setahun dan kini berada di ‘rumah tetapnya’ selama lebih tiga dekad.

Di pusat beli-belah Pata Pinklao, Bua Noi telah menjadi tarikan utama sehingga pemilik premis enggan memindahkan gorila itu ke lokasi lebih sesuai, meskipun didesak ramai pihak termasuk aktivis haiwan.

Kenali Bua Noi, Gorila Betina Paling Sunyi Di Dunia Dikurung 30 Tahun Di Pusat Beli-Belah
Kenali Bua Noi, Gorila Betina Paling Sunyi Di Dunia Dikurung 30 Tahun Di Pusat Beli-Belah

Dikurung untuk tarikan pengunjung

Berpunca dari tindakan itu, pusat beli-belah berkenaan dan pemiliknya terima kecaman hebat dari komuniti antarabangsa kerana bersifat kejam terhadap haiwan.

Sebelum ini, kerajaan Thailand pernah gesa pemilik pusat beli-belah itu memindahkan Bua Noi ke kawasan yang sepatutnya, namun dihiraukan sahaja.

Tegas pihak berkuasa Thailand, adalah penting untuk haiwan tersebut bergaul supaya tidak kemurungan sehingga menyebabkan ia mati.

Bua Noi, gorila paling sunyi di dunia. Kredit foto: Utusan Malaysia

Difahamkan, gorila itu merupakan ‘harta persendirian’ dan kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya.

Lapor media, pemilik Bua Noi minta pampasan sebanyak AS$800,000 (RM3.8 juta) untuk memindahkan dan membebaskan gorila tersebut.

Namun, kenyataan itu dinafikan pusat beli-belah malah menegaskan gorila itu dijaga dengan baik dan teliti oleh pakar haiwan.

Lagi cerita menarik, baca di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pink Oktober, Kunjungi Kempen Kesedaran Kanser Payudara Di VivaCity Kuching Esok
Next Article Cara Roti Canai 'Telur' Dibuat Di Restoran US Ini Dibahan Netizen Cara Roti Canai ‘Telur’ Dibuat Di Restoran US Ini Dibahan Netizen

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?