• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM

Oleh
Nazihah AN
13 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM

Kalau ada pusat yang menyediakan servis ‘berlebihan’ pada harga yang murah sehingga tak masuk akal tu kena berjaga-jaga, ya.

Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM. Tiada yang lebih menakutkan daripada meletakkan kepercayaan anda kepada seorang ‘ahli estetik’ atau ‘doktor’ yang tidak mempunyai pelesenan dan pensijilan yang betul untuk melaksanakan prosedur perubatan estetik.

Baru-baru ini telah tular bahawa seorang wanita mempunyai kesan sampingan akibat prosedur ‘sulam lesung pipi’ di salah sebuah ‘pusat kecantikan’. Hal ini terjadi apabila sebuah pusat kecantikan ini menyediakan servis yang membahayakan dan tidak diluluskan oleh pihak KKM.

Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM
Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM. Sumber gambar : Ohbulan

Ianya juga peringatan buat kita juga untuk memikirkan kesan-kesan yang bakal kita hadapi sebelum menghantar diri ke mana-mana pusat kecantikan estetik yang tidak berdaftar.

Jika harganya jauh lebih rendah daripada pusat yang bertauliah mesti ada sesuatu yang tidak kena

Jangan disebabkan harganya yang murah, kita sanggup menerima prosedur yang tidak tahu akan kesan sampingan seumur hidup termasuk kecacatan kekal. Kita tidak tahu bahan apa yang digunakan, jika harganya jauh lebih rendah daripada pusat yang bertauliah mesti ada sesuatu yang tidak kena.

Perubatan Estetik atau Medical Aesthetic ialah istilah yang merujuk kepada amalan perubatan yang merangkumi dalam bidang khas untuk memenuhi kehendak estetik dan matlamat pelanggan. Contohnya, perubatan ini memberi tumpuan dalam pembaikan rupa bentuk wajah, kulit dan badan berasaskan kaedah dan produk saintifik.

Mengikut Akta KKM, 586 (Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998), dan Garis Panduan Amalan Perubatan Estetik 2013, prosedur hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan (doktor) berdaftar dengan Surat Tauliah dan Keistimewaan (LCP) di premis berlesen.

New Straits Times

Mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi suatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan boleh didenda sehingga RM500,000.

Oleh itu, hanya pengamal perubatan yang berdaftar sahaja dibenarkan menjalankan prosedur estetik di Malaysia.

Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM
Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM. Sumber gambar: Shutterstock

Perbezaan antara Doktor Perubatan Estetik dengan Pakar Kecantikan (Beautician).

Menurut Malaysia Aesthetic, pakar kecantikan atau dalam erti kata lain, Beautician, kebanyakannya adalah mereka yang kurang latihan formal dalam melaksanakan beberapa prosedur ini atau untuk mengenali dan menangani sebarang komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan.

Jika berlakunya komplikasi yang berpunca dari pakar kecantikan tersebut, kena ingatkan bahawa ianya tidak akan ditanggung oleh insurans. Bukan sahaja kredibiliti beautician ini dipersoalkan tetapi prosedur sering dilakukan dalam persekitaran yang tidak disteril seperti bilik hotel dan salon kecantikan. Persekitaran tempat yang sedemikian boleh meningkatkan risiko jangkitan dan komplikasi lain.

Manakala Doktor Perubatan Estetik pula, bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjelaskan kepada pesakit apa prosedur yang sesuai dan apa yang tidak sesuai untuk kulit mereka kerana doktor mengetahui latar belakang perubatan pesakit dan mereka akan merawat komplikasi jika ia berlaku. 

Bagaimana memastikan pusat kecantikan estetik ini berdaftar bawah KKM?

checklist pusat kecantikan berdaftar
Sebelum masuk mana-mana pusat kecantikan, anda kena semak semua di bawah:
Semak Pendaftaran Perubatan Doktor Anda
Anda tahu nama doktor anda? Anda boleh semak Pendaftaran Perubatan Penuh Doktor anda oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Sijil Perakuan Amalan Tahunan. Jika nama doktor anda tiada di sini, kemungkinan besar ianya tidak berlesen bawah KKM.

Pengamal ‘perubatan berdaftar’ ditakrifkan sebagai pakar perubatan atau doktor yang berdaftar dan memegang sijil pengamalan yang sah di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta50].

Anda boleh semaknya di sini.
Semak Lesen Letter of Credentialling and Privileging (LPC)
Lesen LCP sebenarnya menyatakan jenis prosedur yang boleh dilakukan oleh pengamal perubatan tertentu, yang disemak oleh Bahagian Amalan Perubatan Estetik Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut mengeluarkan kenyataan dalam berita Kosmo! bahawa, orang awam juga perlu memastikan pengamal perubatan berkenaan mempunyai Letter of Credentialing and Previleging (LCP) bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan yang diterima adalah selamat dan berkualiti. 

Anda boleh lihat dan semak sijil tersebut di bilik rawatan atau ruang konsultasi. Anda juga boleh semak sama ada doktor anda berada dalam senarai di sini.

Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM
Semak Sijil Perakuan Amalan Tahunan.

Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM
Contoh lesen LCP (Letter of Credentialing and Previleging)

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, beliau menasihatkan mana-mana individu yang berhasrat mendapatkan rawatan estetik hendaklah mendapatkan rawatan di KPJKS yang berdaftar atau berlesen.

Oleh itu, kena fikir masak-masak sebelum menghantar diri ke mana-mana pusat kecantikan yang offer harga ‘murah’ tu. Akhir kalam, min nak cakap kena sayang diri sendiri, okay? You’re beautiful just the way you are <3

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak Ini 5 Adat Perkahwinan Unik Masyarakat di Sabah Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia Luar Biasa, Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?