• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Luar Biasa, Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia

Oleh
ILB - AI
13 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia

Siap dengan nama-nama nenek moyang sekali

Luar Biasa, Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia. Salasilah keluarga atau family tree dalam Bahasa Inggeris, merupakan carta yang mewakili hubungan kekeluargaan dalam bentuk pepohon. Kebiasaannya, bentuk lanjutan rajah sebegini digunakan dalam bidang perubatan, genealogi, dan kerja sosial, juga digelar sebagai ‘genogram’.

Isi Isi Penting
  • Siap dengan nama-nama nenek moyang sekali
  • Salasilah keluarga tertua di dunia, berusia 900+ tahun
  • Setiap rekod akan disusun mengikut keluarga
  • Mengapa mereka simpan rekod keturunan keluarga?

Salasilah keluarga tertua di dunia, berusia 900+ tahun

Salasilah keluarga tertulis yang tertua di dunia ialah rekod salasilah keluarga di Sungai Ganges di Haridwar, India, berusia 900+ tahun.

Luar Biasa, Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia
Luar Biasa, Ini Adalah Salasilah Keluarga Terbesar Dan Tertua Di Dunia
Antara salasilah keluarga yang tercatat dalam rekod salasilah keluarga ini. Kredit: Eastman’s Online Genealogy Newsletter

Sungai Ganges dianggap sebagai sungai suci di kalangan penganut Hindu.

Sungai Ganges ialah sungai paling suci di kalangan penganut Hindu. Kredit: Picfair

Selama berabad-abad, paderi yang digelar ‘Pandit’ telah mengemas kini dan menyimpan catatan kertas yang komprehensif tentang setiap pelawat ke Sungai Ganges.

Pandit bertanggungjawab atas mencatat rekod setiap pelawat. Kredit: Sanjeev Arora

Menurut salah seorang Pandit yang ditemu bual oleh Great Big Story, Anirudh Kumar Jha, beliau berkata penganut Hindu yang datang ke Haridwar semasa pilgrimage akan mempunyai tujuan utama iaitu untuk mandi di Sungai Ganges.

“Setelah semua ritual dilakukan, kami akan mencatat rekod mereka termasuk tarikh mereka tiba ke sini, tujuan mereka, siapa menemani mereka pada waktu itu, dan kami akan mendapatkan tandatangan mereka,” katanya lagi.

Setiap rekod akan disusun mengikut keluarga

Setiap rekod akan disusun mengikut keturunan keluarga, termasuk laporan kelahiran, kematian dan peristiwa-peristiwa penting lain.

Kebanyakan rekod ini merangkumi ratusan tahun!

Catatan rekod salasilah keluarga di sini merangkumi beratusan tahun! Kredit: YouTube via Great Big Story

Anirudh Kumar Jha menyata rekod-rekod ini dikemas kini sejak zaman nenek moyang beliau.

“Kami mempunyai catatan yang bermula lebih dari 2000 tahun lalu ketika penulisan masih dilakukan atas daun,” katanya lagi.

Mengapa mereka simpan rekod keturunan keluarga?

Sebab utama salasilah keluarga dibuat oleh para Pandit di Sungai Ganges ialah agar orang akan ada bukti keluarga mereka telah mandi di Sungai Ganges semasa menziarahi sungai suci terbabit.

Kredit: DNA India

Walaupun kini ia sudah dicadangkan untuk mendigitalkan rekod-rekod ini, para Pandit Sungai Ganges sangat berhati-hati untuk menjaga setiap halaman yang halus dengan harapan dapat mengekalkan sejarah keluarga untuk generasi yang akan datang.

“Orang yang tak pernah mengenali nenek moyang mereka dan membelajari lebih tentang mereka melalui rekod-rekod ini akan berasa gembira apabila mengetahui datuk dan nenek moyang mereka pernah menziarahi sungai suci ini,” ulas Anirudh.

Beliau berkata lagi para Pandit mencatat rekod ritual untuk menangkap peristiwa penting dan mengubahnya menjadi sebuah memori yang boleh diturunkan ke generasi seterusnya.

Sungai Ganges. Kredit: Britannica

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM
Next Article 2 Tahun Disambut Secara Hibrid, Sambutan Hari Sarawak Bakal Diadakan Di Sibu 22 Julai Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?