IPU di Sri Aman pada tahap tidak sihat.
Catat Bacaan IPU Tertinggi, Jerebu Di Sri Aman Pada Tahap Tidak Sihat. Dilaporkan bahawa Sri Aman setakat jam 11 pagi hari ini telah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan juga paling tinggi dengan bacaan 152.
Dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) IPU, Sri Aman, Sarawak mencatat jumlah bacaan IPU tertinggi dalam Malaysia dengan 152 pada tahap tidak sihat kemudian diikuti Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 133 pada tahap tidak sihat.
Daerah lain seperti Kuching, Miri dan Bintulu pada tahap sederhana
Dalam masa yang sama, IPU di bahagian lain di Sarawak pula masih lagi mencatatkan tahap sederhana iaitu Sibu (74), Kuching (71), Sarikei (69), Samalaju (68), Bintulu dan Samarahan (66), Mukah (65), ILP Miri (63), Miri (61), Kapit (60) dan Limbang (55).
Bacaan IPU ini dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik (bawah 50), sederhana (51 -100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (300 ke atas).
Oleh demikian, sentiasa berwaspada di luar sana dan ikuti perkembangan semasa mengenai pencemaran udara di kawasan anda.
