• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cogan Kata ‘Segulai Sejalai’ Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
2 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sambutan Hari Malaysia 2023 di Stadium Perpaduan Kuching.

Cogan Kata ‘Segulai Sejalai’ Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching. Dilaporkan bahawa, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini secara rasminya akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak pada 16 September ini.

Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) berkata Bumi Kenyalang ini telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan sambutan pada tahun ini sekeras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 Jun 2020 yang antara lain bersetuju sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Cogan Kata 'Segulai Sejalai' Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching
Cogan Kata ‘Segulai Sejalai’ Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching

Majlis bermula jam 7 malam

Majlis riang penuh bermakna ini dijadual bermula dengan acara persembahan menakjubkan pada jam 7 malam dan diikuti acara rasmi yang bermula pada 8.30 malam dengan ketibaan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Cogan Kata 'Segulai Sejalai' Jadi Lambang Perpaduan Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Di Kuching

Perdana Menteri antara tetamu kehormat yang bakal hadir

Tetamu kehormat yang hadir pada sambutan Hari Malaysia ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salang.

Sambutan Hari Malaysia ini menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” tetapi ditambahkan dengan cogan kata dalam Bahasa Iban n iaitu “Segulai Sejalai”, yang membawa maksud “berjalan seiringan”, membawa makna lambang perpaduan negara.

Dalam masa yang sama antara pengisian menarik yang dijadualkan pada sambutan tersebut termasuklah upacara menandatangani Buku Khas Har Malaysia, perarakan mask Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Konsert Hari Malaysia.

Lagi cerita menarik dan terkini untuk anda di sini:

Nanta Berhasrat Mahu Perkenalkan Mata Wang Sarawak Sendiri
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catat Bacaan IPU Tertinggi, Jerebu Di Sri Aman Pada Tahap Tidak Sihat
Next Article Cascara Arena, Padang Bola Sepak Dengan Standard FIFA Di Kuching Cascara Arena, Padang Bola Sepak Sintetik Standard FIFA Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?