Para Pengunjung ke AEON Shopping Mall Dimeriahkan Showcase Krismas CATS 2024
CATS FM Raikan Semangat Krismas Bersama Komuniti Di Kuching. Para pengunjung ke Aeon Shopping Mall hari ini dimeriahkan dengan Showcase Krismas CATS 2024.
Showcase tersebut berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga jam 6 petang tadi, berjaya menarik ramai pengunjung yang berkunjung ke pusat beli belah terkemuka itu.

Hiburan, Komuniti, dan Keceriaan di Showcase Krismas CATS 2024
Pelbagai persembahan menarik ditampilkan, termasuk penampilan khas daripada penyampai Ruai CATS, Maxwell Franklin Saran dan Sima Tawil serta artis-artis tempatan yang lain seperti Pretty Nina, Mawat dan Claudia Geres.
Turut hadir sama, Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd, Haji Mohd Iskandar Haji Mohd Nawawi, yang memberi sokongan kepada acara ini sebagai tanda komitmen CATS FM dalam menghubungkan masyarakat melalui hiburan dan acara berkualiti.
Acara ini merupakan salah satu inisiatif untuk merayakan semangat perayaan Krismas sambil mempereratkan hubungan antara artis, pendengar, dan masyarakat di Kuching.
Pelbagai aktiviti sampingan juga turut diadakan seperti aktiviti pentas dan permainan bagi memeriahkan lagi suasana Krismas yang bakal tiba.
SHOWCASE KRISMAS CATS 2024 merupakan platform unik untuk mengumpulkan masyarakat setempat dalam semangat perayaan Krismas. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut menyemai perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti.

