Rancang perjalanan anda, elak kawasan kesesakan di Kuching
Jalan Utama Ditutup Di Kuching Sempena Sambutan Tahun Baru 2025, Ini Apa Anda Perlu Tahu. Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar akan ditutup sempena sambutan Tahun Baru 2025 di Kuching Waterfront. Penutupan jalan ini dijadualkan bermula 8 pagi pada 31 Disember 2024 hingga 1 pagi pada 1 Januari 2025.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, menyeru semua pengguna jalan raya untuk memberikan kerjasama dengan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Jalan Yang Akan Ditutup
Jika anda ada rancangan untuk keluar bersiar-siar malam Tahun Baru, berikut adalah jalan-jalan yang akan ditutup sepenuhnya:
- Jalan Lebuh Wayang ke Jalan Main Bazaar
- Jalan Market ke Jalan Gambier
- Jalan Lebuh Java ke Jalan Gambier
Tambahan pula, beberapa jalan lain juga akan ditutup mulai 4 petang (31 Disember) sehingga 1 pagi (1 Januari):
- Masuk ke Jalan Wawasan dari Jalan Tun Abang Haji Openg.
- Masuk ke Wisma Pelita menuju Lebuh Wayang.
- Jalan McDougal ke Lebuh Wayang.
- Lampu isyarat SMK St Mary dari Jalan Tabuan ke Lebuh Wayang.
Apa Yang Anda Perlu Buat?
Bagi mengelakkan kesesakan, berikut adalah cadangan untuk anda:
- Rancang perjalanan lebih awal – Elakkan kawasan yang terjejas.
- Gunakan jalan alternatif – Pastikan anda sudah tahu laluan lain.
- Elakkan kawasan parkir di bahu jalan – Anda tak mahu kena saman, kan?
Maklumat Lanjut
Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh hubungi Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.
Jadi, jangan lupa rancang perjalanan anda dan selamat menyambut Tahun Baru 2025.

