• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity

Oleh
ILB - AI
17 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Starbucks Malaysia telah melancarkan Starbucks bahasa isyarat di Vivacity

Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity. Seperti yang diketahui umum, Starbucks menjadi jenama berpengaruh dan popular di Malaysia, bahkan kini sudah pun membuka 300 cawangan di negara ini.

Bagaimanapun, Starbucks Malaysia telah membuka Starbucks ‘Signing Store’ atau lebih mesra dipanggil bahasa isyarat yang pertama di pusat beli-belah Vivacity, Kuching.

Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity

Dirasmikan oleh Dato Sri Fatimah Abdullah, hari ini

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah telah merasmikan secara rasmi Starbucks Signing Store tersebut, pada hari ini di Vivacity.

Menurut Dato Sri Fatimah, Starbucks Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Sarawak (SSD) bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan tafsiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) profesional.

Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity

Memberi peluang pekerjaan kepada komuniti pekak

Bukan itu sahaja, ia turut menganjurkan aktiviti bagi golongan pekak seperti berkongsi idea dan peluang pekerjaan agar mereka boleh berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Berharap perniagaan lain akan melaksanakan inisiatif yang sama

“Saya juga berharap perniagaan lain di Malaysia megikuti jejak Starbucks dalam melibatkan diri dengan komuniti yang berbeza ini untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih inklusif,” katanya lagi bagi menggalakkan orang ramai melaksanakan inisiatif tersebut.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah turut memuji usaha Starbucks Malaysia untuk mewujudkan suasana yang membantu golongan Pekak dan Kurang Pendengaran di negara ini.

Beliau membuat kenyataan itu hari ini semasa majlis perasmian kedai mesra bahasa isyarat, atau ‘Signing Store’ Starbucks di pusat beli-belah Vivacity di Kuching.

Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity

“Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Starbucks Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Sarawak (SSD) kerana telah melancarkan Starbucks Signing Store di Kuching,” katanya mengakhiri ucapannya.

Untuk makluman, Starbucks ‘Signing Store’ ini merupakan cawangan yang pertama di Borneo, yang ketiga di Malaysia dan yang ke-20 di dunia.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terbaik, Starbucks Bakal Buka Cawangan Pertama Guna Bahasa Isyarat Di Vivacity Kuching
Starbucks Drive Thru Pertama Di Kuching, Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakal Dibuka Mulai Esok, Ini Adalah Panduan Untuk Beli Tiket Borneo Sonic Festival Bakal Dibuka Mulai Esok, Ini Adalah Panduan Untuk Beli Tiket Borneo Sonic Festival
Next Article Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya 'Rider' Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya ‘Rider’ Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?