• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya ‘Rider’ Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina

Oleh
ILB - AI
18 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya 'Rider' Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina

Nahas Elmina, Tak sangka adik sepupu rider terlibat

Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya ‘Rider’ Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina. Keluarga terdekat penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, semalam meluahkan kedukaan sejurus menerima khabar kematian mangsa.

Menerusi hantaran Nurul Nazihah di Facebooknya, dirinya tidak dapat menahan kedukaan apabila mendapat tahu individu yang terlibat dengan nahas itu adalah adik sepupunya.

Katanya, dia hanya mengetahui mangsa tersebut saudara terdekatnya apabila dimaklumkan pihak polis sebentar tadi.

Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya 'Rider' Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina
Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya ‘Rider’ Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina. Kredit: Kosmo

“Patutlah rasa sedih sangat sangat, simpati pada ‘rider’ yang terbakar kemalangan dengan pesawat di Elmina rupanya adik sepupu sendiri.

“Kenapa kena (kejadian tersebut) dekat yang aku kenal,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya meminta diberikan ruang untuk bertenang selepas menerima pelbagai soalan daripada pihak media.

“Sampai saat ini saya sendiri tak mampu untuk bertanya khabar Maklang dan Paklang, emosi kami semua tidak stabil.

Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya 'Rider' Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina
Mangsa baju merah

“Saya minta bagi masa dan ruang untuk kami sekeluarga bertenang,” katanya.

Difahamkan, mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah bekerja sebagai penghantar makanan di ibu kota.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana sebahagian anggota tubuh badan masih belum ditemui.

Pindah Bandar Demi Ubah Nasib, Rupanya 'Rider' Antara Mangsa Korban Nahas Pesawat Di Elmina

Menurut beliau, ada antara lima mayat ini tidak lengkap dan dipercayai adalah antara lapan penumpang dan krew pesawat berkenaan.

Tegasnya, pada masa ini tumpuan utama pasukan penyelamat adalah mencari kesemua mangsa nahas serta cebisan dan anggota tubuh badan mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Terkini: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina, 3 Individu Disahkan Terkorban
Polis Sangkal Dakwaan Netizen, Hanya Tiga Saman Dikeluarkan Sepanjang Pesta Sematan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity
Next Article Minuman Tenaga Boleh Bawa Padah, Dada Jadi ‘Ribut’ Dan Boleh Mati

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?