• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

Oleh
Husna Hazmi
3 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Apartmen Taman Mutiara Sungai Bedaun, Labuan.

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki. Dilaporkan bahawa mayat seorang lelaki yang sudah busuk ditemui dalam keadaan duduk di sofa dalam sebuah unit kediaman Apartmen Taman Mutiara dipercayai telah meninggal tiga ke empat hari sebelumnya.

Menurut Pemangku Ketua Polis WP Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, pihaknya menerima aduan tentang perkara tersebut pada Selasa jam 3.45 petang.

“Keadaan mayat ketika ditemui didapati telah mengeluarkan cecair busuk,” katanya.

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki
Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki. Gambar sebagai hiasan

Cecair seperti darah menitis dari siling

Selain itu, Mohd Ibrahim juga menjelaskan dalam laporan dinyatakan bahawa penghuni di tingkat bawah unit berkenaan melihat cecair seperti darah menitis dari siling unitnya yang terletak di aras tiga perumahan Sungai Bedaun itu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya dengan bantuan Bomba pergi ke tempat kejadian dan memotong pagar keselamatan serta memecahkan pintu yang berkunci. 

Jelasnya, siasatan menunjukkan mayat tersebut merupakan seorang lelaki Melayu berusia 44 Tahun, masih lagi bujang dan bekerja sebagai Pekerja Am Kompeni Komposit KOR Perkhidmatan Diraja, WP Labuan.

Pegawai perubatan yang dihubungi turut berada di lokasi kejadian untuk bersama-sama membantu polis menjalankan siasatan. 

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki
Gambar sebagai hiasan

Siasatan awal ke atas tubuh badan mayat mendapati tiada sebarang kecederaan

Di samping itu, Mohd Ibrahim juga menegaskan, siasatan awal ke atas tubuh badan mayat mendapati tiada sebarang kecederaan atau luka ditemui.

“Tiada sebarang bukti yang menunjukkan terdapat unsur jenayah dilakukan ke atas tubuh badan mayat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ibrahim memaklumkan mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. 

Kes disiasat di bawah kes kematian mengejut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sarawak Setuju Buka Semula Kemasukan Pekerja Asing Berkuatkuasa 1 Mac
Next Article Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?