• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Oleh
Ismail NA
3 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kelulusan tersebut berkuatkuasa mulai esok, 4 Mac 2021.

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani. Pandemik COVID-19 yang bergelombang dan mempunyai fasa turun naik sejak tahun lalu telah menjejaskan sektor pelancongan. Impaknya begitu besar sehinggakan hotel, pusat peranginan, bisnes berkaitan pelancongan gulung tikar dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Isi Isi Penting
  • Kelulusan tersebut berkuatkuasa mulai esok, 4 Mac 2021.
  • Pelancong dikecualikan daripada permit rentas daerah PDRM
  • ‘Travel bubble’ hanya untuk destinasi terpilih sahaja
  • Pelancongan mestilah di bawah pakej, tidak boleh lebih 50% kapasiti
  • Ini pula tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh anda masukkan dalam bucketlist anda kelak :

Walaupun Sabah baru sahaja sedikit reda daripada gelombang besar yang menyerang sekitar suku ketiga tahun lalu, negeri tersebut kini mengambil langkah segera untuk memulihkan industri pelancongan di negeri tersebut dengan meluluskan busa pelancongan atau ‘travel bubble’.

Pelancong dikecualikan daripada permit rentas daerah PDRM

Melalui ‘travel bubble’ ini, resort, perniagaan serta pusat pelancongan di kawasan terpilih akan dapat beroperasi seperti biasa dengan membenarkan pakej pelancongan ditawarkan kembali. Bukan itu sahaja, mana-mana individu yang mengikuti pakej pelancongan tersebut juga dikecualikan daripada permit kebenaran polis walaupun kawasan yang dituju berada dalam daerah yang berbeza.

Sabah Luluskan 'Travel Bubble', Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Untuk makluman anda, negeri Sabah kini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Oleh yang demikian, larangan rentas daerah masih lagi berkuatkuasa seperti biasa.

‘Travel bubble’ hanya untuk destinasi terpilih sahaja

Menurut Datuk Masidi Manjun, yang merupakan jurucakap COVID-19 di Sabah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah meluluskan ‘travel bubble’ tersebut mulai esok.

Sabah Luluskan 'Travel Bubble', Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani
Datuk Masidi Manjun
Sumber : BERNAMA

Setakat ini, ‘travel bubble’ ini hanya untuk tujuan pelancongan di bawah pakej pelancongan dari resort Sutera Harbour ke Pulau Mantanani sahaja.

Tambahnya lagi, pengecualian permit polis hanya dibenarkan untuk tujuan ke Sutera Harbour dan Spa, Jeti Rampayan di Kota Belud dan Sutera Mantanani Island Resort dan Spa. Perjalanan ke semua destinasi ini mengambil masa selama 2 jam menggunakan jalan darat dan tambahan 40 minit menggunakan bot.

Pelancongan mestilah di bawah pakej, tidak boleh lebih 50% kapasiti

Pakej pelancongan yang tersedia ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pusat peranginan tersebut dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, serta kapasiti penginapan dan pengangkutan mestilah tidak melebihi 50% kapasiti. Selain itu, pelancong juga dikehendaki untuk menunjukkan bukti pengesahan kesihatan melalui aplikasi MySejahtera.

Sabah Luluskan 'Travel Bubble', Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani
Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani
Sabah Luluskan 'Travel Bubble', Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Sabah merupakan antara negeri yang bakal memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Jumaat ini dengan masih mengekalkan perjalanan rentas daerah. Namun, negeri tersebut meminta agar sekatan perjalanan dilanjutkan untuk tempoh masa 2 minggu memandangkan kluster terbaru Nabawan telah merebak ke daerah lain di Sabah.

Tidak dinafikan bahawa pelancongan merupakan nadi ekonomi Sabah. Namun, adakah anda rasa langkah ini wajar? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Ini pula tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh anda masukkan dalam bucketlist anda kelak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki
Next Article Temujanji Untuk Vaksinasi COVID-19 Berdasarkan Pendaftaran Pertama Di Aplikasi MySejahtera Temujanji Untuk Vaksinasi COVID-19 Berdasarkan Pendaftaran Pertama Di Aplikasi MySejahtera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?