I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya

Oleh Husna Hazmi
2 Disember 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Idea kreatif cikgu dari Sarawak ini memakai kostum tradisional membawa senyuman kepada pelajarnya.

Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya. Cikgu kelahiran Sarawak ini mencipta suasana yang lebih ceria serta menaikkan lagi semangat anak didiknya apabila dia memakai pelbagai kostum tradisional ketika kelas online.

Isi Isi Penting
Idea kreatif cikgu dari Sarawak ini memakai kostum tradisional membawa senyuman kepada pelajarnya.Menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas onlineSayang jika tidak dipakaiRamai menyokong ideanyaKepelbagaian budaya dan pakaian tradisional

Nancy Thomas berusia 43 tahun yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri di Sarawak, menggunakan kreativitinya untuk menggayakan pelbagai pakaian tradisional ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya bersama pelajarnya.

Menurutnya, idea berkenaan sekadar suka-suka untuk menghiburkan pelajarnya dan mencari kelainan untuk menarik minat pelajar mengikuti kelas yang dianjurkan menerusi Google Meet.

Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya
Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya. kredit gambar: Nancy Maria

Menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas online

“Ketika cuti sekolah diumumkan secara mengejut, kami guru sedih kerana tidak sempat membuat sebarang persediaan untuk proses mengajar dalam talian apatah lagi memikirkan pelajar tingkatan enam saya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester satu dan tiga.

“Jadi, untuk menghiburkan semua orang selain menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas dalam talian, saya perlu lakukan sesuatu lain daripada lain supaya mereka tidak bosan dan sentiasa mengikuti kelas saya walaupun secara maya saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia menggayakan koleksi peribadi pakaian tradisionalnya seperti etnik Orang Ulu, Ngepan Iban, Melanau, Lun Bawang, Dusun Tatana serta kebaya songket, cheongsam dan sari yang dimilikinya sejak 10 tahun lalu.

Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya
kredit gambar: Nancy Maria

Sayang jika tidak dipakai

“Saya ada beberapa koleksi pakaian tradisional, sayang jika tidak dipakai jadi memandangkan tidak perlu banyak bergerak membuatkan saya berasa selesa untuk pakai selama empat jam ketika mengajar.

“Pada mulanya saya cuma mengenakan aksesori saja sebelum berpakaian lengkap pada hari kedua cuti sekolah baharu yang diumumkan kerajaan bermula. “Saya bukan saja menggayakan pakaian tradisional beberapa etnik Sabah dan Sarawak, malah sempena sambutan Deepavali baru-baru ini saya juga tidak kekok mengenakan sari,” tambah guru yang hebat ini.

Guru subjek Bahasa Melayu itu juga tidak menyangka bahawa usaha kecilnya itu berjaya menarik minat pelajar mengikuti kelasnya apabila mencatatkan 95 peratus kehadiran, manakala bakinya menghadapi kekangan akses capaian Internet.

Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya
kredit gambar: Nancy Maria

Ramai menyokong ideanya

“Setakat ini, ramai menyokong idea saya ini, malah kebanyakan pelajar saya kata seronok mengikuti kelas dalam talian kerana ada kelainan berbanding kelas fizikal.

“Saya tidak berasa terbeban kerana cuma mengambil masa 30 minit untuk bersiap sebaliknya saya amat terharu apabila usaha saya ini berbaloi dan memang mengubah ‘mood’ pelajar untuk belajar.

“Pelajar saya juga sentiasa teruja menunggu pakaian apa lagi yang akan saya gayakan pada keesokan hari dan kadangkala mereka sendiri membuat permintaan,” tambahnya lagi.

Cikgu Dari Sarawak Ini Bawa Suasana Ceria Ketika Kelas Online Bersama Pelajarnya
kredit gambar: Nancy Maria

Kepelbagaian budaya dan pakaian tradisional

Selain itu, menurut Nancy Thomas, inisiatifnya itu juga telah memberikan peluang kepada pelajarnya memperluaskan pengetahuan dan mengenali lebih dekat kepelbagaian budaya dan pakaian tradisional pelbagai etnik dan kaum di negara ini.

Di samping itu, bekas finalis Dewi Remaja 1997/1998 itu sebelum ini, pernah menjadi bualan ramai apabila menggayakan pakaian tradisional kaum Kayan, etnik Orang Ulu selepas berjaya menakluki gunung Annapurna, Kathmandu, Nepal pada 25 November tahun lalu bersama suaminya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Timbalan Menteri Dari Sarawak Didakwa Tunjuk Jari Tengah Dua Kali Di Dewan Rakyat
Next Article Sarawak Lancar Tong Gas Sendiri, Akan Mula Diedar Tahun Hadapan

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?