Cincin harga RM11,000 dikembalikan kepada lelaki ini kerana ibu mertua anggap cincin tersebut terlalu murah
Cincin Pertunangan Harga RM11k Ditolak Oleh Ibu Mertua, Mengatakan Ia Tidak Cukup Mahal. Menurut laporan dari Mirror, seorang lelaki merasa bingung sama ada dia harus menghabiskan lebih banyak duit untuk membeli cincin pertunangan baru untuk tunangnya kerana cincin yang dibelinya ditolak oleh ibu mertuanya atas sebab harga cincin terbabit terlalu murah.
Untuk makluman anda, cincin berkenaan bernilai £2,200, yang bersamaan dengan RM11,000!

Meluahkan perasaannya menerusi Reddit
Lelaki tersebut, yang tidak menyatakan namanya, meluahkan perasaannya melalui forum dalam talian, Reddit, mengenai kisahnya. Menurut lelaki terbabit, teman wanitanya mengembalikan cincin pertunangan dia apabila ibu kepada wanita tersebut mengatakan bahawa cincin berkenaan tidak cukup mahal.
Yang lebih mengejutkan lagi, lelaki itu diminta untuk memberi cincin baru bernilai £7,500 (bersamaan dengan RM40,000). Malah, lelaki itu turut dimarahi oleh ahli keluarga pasangannya yang mengatakan bahawa lelaki tersebut terlalu kedekut kerana enggan membeli cincin yang lebih mahal.

Menghadapi situasi yang rumit, lelaki itu menggunakan Reddit untuk meminta nasihat daripada netizen lain.
Sementara itu, lelaki tersebut tertanya-tanya adakah dia salah dan adakah wajar dia harus membeli cincin baru yang lebih mahal untuk menenangkan keluarga pasangannya.
“Saya dan pasangan saya telah membincang untuk bertunang selama setahun terakhir. Saya mempunyai pekerjaan yang cukup baik sehingga dapat dengan mudah membeli cincin pertunangan yang mahal dan jika saya mengikuti ‘peraturan 10%’, saya harus menghabiskan sekitar 10 – 15k untuk sebuah cincin,” katanya.
Namun, ibu bapa, kakak dan anak buah lelaki terbabit menghidapi Covid-19 tahun ini, memaksa dia untuk menyara keluarganya buat masa ini.
“Kakak saya juga telah menghilangkan pekerjaan, jadi saya masih membantu dia dan pekerjaan saya telah mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan sekitar 150 orang pada tahun depan. Walaupun saya yakin saya bukan salah seorang daripada mereka, saya juga tidak mahu menjaminnya,” ujarnya lagi.
Menghabiskan kira-kira RM11k untuk cincin emas putih yang mempunyai batu sapphire
Setelah menghabiskan sekitar rm11k untuk cincin tersebut, cincin itu diberi kepada pasangannya.
“Pada mulanya, dia sangat gembira sehingga ibunya (seorang tukang emas) menganggap cincin itu terlalu murah. Sejak itu, pasangan saya memberikan cincin itu kembali kepada saya dan menuduh saya menilai rendahnya dan tidak bersyukur dengan dia. Hal ini kerana pasangan saya ialah seorang suri rumah dan dia yang menjaga anak kami yang berusia 18 bulan. Jadi, dia melakukan hampir semua masakan dan pembersihan sementara saya menghabiskan berjam-jam di tempat kerja,” katanya lagi.

Disebabkan ini, teman wanitanya enggan bercakap dengan dia manakala ibu bapa mertuanya menuduh lelaki itu mempergunakan anak mereka dan memperlakukannya seperti sampah.
“Saya telah cuba menjelaskan pandangan saya, tetapi mereka tidak akan mendengarkan dan menuntut saya membeli cincin bernilai 10% dari pendapatan saya!” luahnya lagi.
Lelaki itu kemudian menjelaskan bahawa kebimbangan ibu bapanya tidak berdasarkan kekurangan kewangan, kerana lelaki itu siap membayar upah isterinya sebagai suri rumah.
“Saya memberinya $450/minggu untuk dibelanjakan atau disimpan. Saya pun tahu dia mempunyai lebih dari 40k dalam akaun simpanan peribadinya. Ini adalah idea saya setelah kelahiran anak kami kerana dia mencadangkan untuk kembali bekerja. Saya tidak setuju dengan idea tersebut kerana pekerjaan lamanya hanya membayarnya $350/minggu untuk pekerjaan sepenuh masa. Penjagaan kanak-kanak atau pembersih rumah sepenuh masa bernilai $300-400 bergantung pada waktu tahun. Bagi saya, ia lebih masuk akal lagi jika teman wanita saya yang duduk di rumah dan menjaga anak kami daripada menghabiskan duit mengupah orang lain,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, mereka berdua telah berbincang mengenai reka bentuk cincin idaman teman wanitanya sebelum lelaki itu membeli cincin tersebut.
“Dia mahukan batu sapphire yang dikelilingi oleh berlian seperti cincin mendiang Puteri Diana. Saya juga menyedari bahawa dia lebih suka batu yang dipotong berbentuk buah pir, jadi saya meminta tukang emas untuk batu sapphire itu untuk dipotong menjadi bentuk pir dan diletak atas cincin emas putih tersebut,” ujarnya lagi.

Netizen lain menyokong lelaki itu, mengecam keluarga teman wanitanya
Ia dilaporkan bahawa kebanyakan netizen memberi sokongan kepada lelaki tersebut dan berpendapat bahawa membelanjakan sejumlah besar wang untuk sesuatu yang bukan aset tidak berbaloi.
“Membelanjakan 10k untuk barang yang bukan aset (seperti rumah, kereta) tidak masuk akal walaupun anda berpendapatan 125k setahun. Walaupun banyak wang, tetapi duit itu bukan untuk dibelanja sesuka hati,” kata salah seorang netizen, dipetik oleh Mirror.
Salah seorang lagi mengatakan,
“Sejujurnya saya rasa ini adalah tanda negatif kerana teman wanita kau begitu mementingkan nilai cincin. Tunang saya melamar dengan cincin keluarga sahaja. Biarpun dia melamar dengan cincin gula batu, saya masih akan berkahwin dengannya.”
Manakalah, seorang lagi mengatakan,
“Covid atau tiada Covid, hanya sebab kau ada gaji tinggi tidak bermaksud kau harus membelanjakan sebanyak 10k untuk sebuah cincin agar menenangkan keluarga pasangan kau. Dan cincin bernilai 3k sama sekali tidak murah!”
Pada zaman sekarang, rupa-rupanya nilai sesuatu lebih penting daripada usaha! Walaupun tak dinafikan kita suka dimanjakan dengan barang-barang mewah sekali-sekala, kita juga harus menghargai usaha yang dilakukan oleh individu demi membahagiakan pasangan masing-masing!
Apa pendapat anda tentang ini? Adakah anda bersetuju bahawa ibu mertua lelaki itu terlalu demanding kerana menuntut cincin sebegitu mahal? Komen pendapat anda dan jangan lupa kongsi artikel ini!