fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lima Beranak Jadi Gelandangan Di Miri Kerana Ditipu Majikan Kini Diselamatkan

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
16 Disember 2020
Lima Beranak Jadi Gelandangan Di Miri Kerana Ditipu Majikan Kini Diselamatkan
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga gelandangan ini telah berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak-pihak prihatin.

Lima Beranak Jadi Gelandangan Di Miri Kerana Ditipu Majikan Kini Diselamatkan. Sebuah keluarga dari Bintulu yang bergelandangan sejak tiba di Miri dua hari lalu telah diselamatkan oleh orang awam.

Lima beranak berkenaan yang menjadikan sebuah premis di Miri Times Square sebagai tempat berteduh mendapat telah perhatian orang awam.

Prihatin dengan nasib keluarga itu, Tabung Baitumal Sarawak (TBS) Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota Volunteer Miri menyantuni keluarga berkenaan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Lima Beranak Jadi Gelandangan Di Miri Kerana Ditipu Majikan Kini Diselamatkan

Ditawarkan pekerjaan kontrak

Ketua TBS Cawangan Miri Marini Juraibi berkata, keluarga Ina Abdul Samad berada di Miri selepas ditawarkan pekerjaan kontrak oleh majikan.

Hasrat untuk menyara keluarga dengan ditawarkan pekerjaan kontrak tersebut tidak kesampaian apabila sebuah keluarga terpaksa tidur di kaki lima selepas ditipu majikan.

Mangsa iaitu Ina Abdul Samad bersama suami serta tiga anak menjadikan kaki lima sebuah premis di Miri Times Square sebagai tempat berteduh, selepas mereka gagal menghubungi majikan.

Marini berkata, keluarga berkenaan juga merupakan penerima bantuan sara hidup TBS melalui Cawangan Bintulu.

Lima Beranak Jadi Gelandangan Di Miri Kerana Ditipu Majikan Kini Diselamatkan

Bantuan awal fidyah akan diagihkan

Beliau seterusnya memberitahu, TBS Miri menyalurkan bantuan awal fidyah berjumlah RM280 yang akan diagihkan untuk keperluan makan dan minum.

Sementara pihak JKM pula menyediakan bantuan pengangkutan untuk keluarga berkenaan pulang semula ke Bintulu semalam.

“Bantuan pakaian sementara telah diserahkan kepada pemohon iaitu hasil sumbangan orang ramai ke pejabat TBS,” menurut beliau.

Keluarga berkenaan telah ditempatkan di Bilik Ali Kompleks Islam Miri untuk bermalam sementara pihak Volunteer Miri menyediakan makan dan minum buat mereka.

Kredit: Utusan Borneo, SarawakUpdate

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy