I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation

Oleh Nazihah AN 28 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation

Kecil-kecil api, tahniah kepada mereka!

Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation. Tiga pelajar dari SMK Lutong Miri ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas sumbangan mereka kepada United Nation’s Sustainable Development Goals (SDG) dengan penemuan inovatif mereka iaitu sistem pemercik berkuasa solar hanya dengan memanfaatkan air hujan untuk menyejukkan rumah dan persekitarannya.

Isi Isi Penting
Kecil-kecil api, tahniah kepada mereka!Alat ini tidak memerlukan bekalan elektrikChillax, alternatif ini membuatkan kita tidak perlu bergantung lagi kepada pendingin hawaHebat betul anak-anak Miri ni! Tahniah kerana membanggakan Sarawak! Selain itu, anda juga boleh baca artikel-artikel anak borneo yang hebat di bawah ini:

Anisha Praveen Karunakaran, Daphne Douglas dan Liew Jia Wen telah berjaya mencipta satu alat iaitu sistem pemercik air yang menggunakan tenaga solar untuk menyejukkan rumah tanpa menggunakan bekalan elektrik.

Inovasi sistem pemercik air berkuasa solar ini juga telah memenangi Shell NXplorer peringkat akhir pada tahun lepas. Bahkan, kisah mereka bertiga turut dipaparkan di laman web rasmi Shell NXplorer Global. Wah, kecil-kecil api!

Artikel Lain

Ini 5 Masalah Hanya Orang Kidal Sahaja Faham
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad
Nidji Bakal Gegarkan Miri Pada Februari 2024, Tiket Sudah Boleh Dibeli
Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation
Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation. Sumber: FB Portal SMK Lutong

Alat ini tidak memerlukan bekalan elektrik

Menurut kenyataan pihak Shell, pelajar-pelajar ini bertekad untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyejukkan rumah tanpa menggunakan tenaga elektrik seperti pendingin hawa dan hanya menggunakan tenaga solar dan boleh dikawal dari aplikasi mudah alih untuk menggunakan alat ini.

Ianya jelas terbukti bahawa aplikasi hasil rekaan tiga pelajar yang bijak ini mampu menjimatkan penggunaan elektrik dan hanya menggunakan tenaga semulajadi iaitu solar.

Menyedari bahawa cuaca di Malaysia yang agak panas berbanding dengan negara-negara lain, ianya mampu mendorong beberapa buah rumah untuk bergantung kepada pendingin hawa dan kipas angin. Barang elektrik ini memang mahal untuk dipasang di dalam rumah, juga memerlukan bekalan eletrik yang tinggi.

Di luar bandar Miri, memang sukar untuk mendapatkan akses bekalan elektrik sehingga ianya dapat membebankan keluarga yang bekerja di rumah dan pelajar yang sedang fokus belajar kerana hari panas terik.

Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation
Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation. Sumber: FB Portal SMK Lutong

Chillax, alternatif ini membuatkan kita tidak perlu bergantung lagi kepada pendingin hawa

Dengan menggunakan alat berfikir dari NXplorer, pelajar ini telah cipta satu alternatif yang mampu berfungsi baik dengan aplikasi mudah alih, dan mereka telah berjaya menciptakan ‘Chillax’.

Chillax ialah satu sistem pemercik air yang menggunakan tenaga solar yang mampu menyejukkan bumbung zink dari proses penyejatan. Alat ini hanya menggunakan air hujan dan bateri dan juga ianya boleh dihubungkan ke aplikasi yang telah direka oleh pelajar-pelajar ini.

Pihak Shell mengatakan bahawa dari penyelidikan pelajar cilik itu telah mendorong mereka untuk membayangkan semula air hujan yang menyejat sebagai sistem penyejukan yang semula jadi tanpa bergantung pada bekalan elektrik yang stabil dan peralatan yang mahal.

Beliau juga mengatakan bahawa projek ini menunjukkan kepada para pelajar untuk membuat jalan penyelesaian perubahan iklim ini tanpa pengeluaran sisa dan membantu untuk meningkatkan mobiliti sosial bagi masyarakat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif.

Tahniah diucapkan kepada tiga pelajar otak geliga ini kerana telah menciptakan satu alat yang boleh digunakan oleh orang pedalaman.

Hebat betul anak-anak Miri ni! Tahniah kerana membanggakan Sarawak! Selain itu, anda juga boleh baca artikel-artikel anak borneo yang hebat di bawah ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin ‘Smooth’!
Next Article Data Orang Kuching Dan Serian Hampir Tergadai, Pangkalan Data JPN Disyaki Bocor Dan Dijual Di Dark Web

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?