I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin ‘Smooth’!
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin ‘Smooth’!

Oleh Nur Afifah 28 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Tanda-tanda bahawa penduduk Borneo akan menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik.

Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin ‘Smooth’! Lebuh Raya Pan Borneo bukan lah sebuah nama yang asing bagi penduduk di Borneo terutamanya di Sabah dan Sarawak. Malah, hampir kesemua penduduk di wilayah ini menantikan saat di mana lebuh raya ini bakal siap sepenuhnya.

Oleh yang demikian, menghampiri ke fasa penghujung pembinaan lebuh raya bersejarah ini, seorang motivator bebas yang juga merupakan seorang guru, Emmet Fayzal atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Emmet berkongsikan beberapa foto tentang keadaan terkini lebuh raya Pan Borneo dari Kuching sehingga ke Sri Aman.

Laluan 4 lorong yang mulus, jimat masa

Jelasnya dalam sebuah hantaran di laman Facebook, laluan 4 lorong selepas Jambatan Serian dan Bukit Semuja sudah pun mula digunakan oleh orang ramai. Jalan 4 lorong itu juga berada dalam keadaan baru, cantik dan mulus, dan lengkap dengan garis jalan yang masih tampak putih dan suci.

Selain itu, pengguna jalan dari arah Serian akan melihat papan tanda pusingan P (tidak jauh dari Petronas Simpang Gedong) yang menandakan mereka perlu membuat pusingan untuk kembali ke Serian atau berhenti singgah ke Petronas Simpang Gedong.

Laluan 4 lorong ini sudah dibuka dari Serian sehingga ke Jambatan Balai Ringin. Dengan jalan baharu yang lebih besar dan baik ini, pemanduan dari Sri Aman ke Kuching dengan kelajuan 80 km per jam hanya mengambil masa selama 2 jam lebih sahaja! Cepat dah tu. Sebelum ini, kalau nak ke Sri Aman dari Kuching atau sebaliknya, boleh memakan masa hampir 3 jam.

Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin 'Smooth'!
Sumber foto : FB Emmet Fayzal
Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin ‘Smooth’! Sumber foto : FB Emmet Fayzal
Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin 'Smooth'!
Sumber foto : FB Emmet Fayzal
Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin 'Smooth'!
Sumber foto : FB Emmet Fayzal
Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin 'Smooth'!
Sumber foto : FB Emmet Fayzal

Walau bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati kerana terdapat kenderaan yang menongkah arus di kawasan jalan Balai Ringin. Menurut Cikgu Emmet, pemandu kenderaan yang masuk ke laluan bertentangan ini berkemungkinan tidak mahu membuat pusingan P kerana terlalu jauh atau barangkali tidak menyedari bahawa laluan sudah dibuka.

Pan Borneo Sarawak mempunyai jarak sejauh 786 km

Untuk pengetahuan anda, projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak sahaja mempunyai jarak sejauh 786 kilometer (km) dari Telok Melano ke Miri dan menelan belanja hampir RM16.117 bilion. Lebuh raya dua hala empat laluan ini adalah berdasarkan standard pengangkutan JKR R5 dan dianggarkan bakal memberi manfaat kepada 3.4 juta pengguna di Borneo. Kos keseluruhan pembikinan lebuh raya ini adalah sekitar RM 29 bilion ringgit dan dijangka siap pada tahun 2023. Lebih menarik, lebuh raya ini juga tidak akan dikenakan bayaran tol.

Sumber : The Star

Jajaran Telok Melano-Sematan, jajaran paling pendek dan singkat untuk disiapkan

Jajaran yang paling pendek adalah dari Telok Melano hingga ke Sematan (WPC01) dengan jarak hanya 32.77 km. Jajaran ini juga merupakan jajaran yang paling singkat untuk disiapkan iaitu selama 39 bulan sahaja dan siap sepenuhnya pada Januari 2019. Jajaran ini bersambung terus dengan jajaran Sematan ke Sungai Moyan termasuk Lundu, Bau, Batu 10, Batu 7, Batu 6 dan Batu 4 1/2 (WPC02) yang merupakan jajaran terpanjang dengan jarak 95.43 km. 9 jajaran yang lain adalah seperti WPC03 (Serian 1, Serian 2, Simunjan), WPC04 (Sri Aman), WPC05 (Betong), WPC06 (Sarikei & Bintangor), WPC07 (Julau & Sibu), WPC08 (Selangau), WPC10 (Nyabau, Suai, Niah & Bakun) serta WPC11 (Lapangan Terbang Miri, Bekenu, Beluru & Pujut Link).

Perkembangan terbaharu setakat ini melaporkan bahawa Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang dibawah Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai badan penyelia ini sudah mencapai tahap 71% dan dianggarkan bakal siap seawal hujung tahun 2022.

Semoga dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo ini kelak, penduduk di Borneo dapat dihubungkan dengan mudah sekaligus meningkatkan ekonomi dan sosial rakyat di sini. Yeay!

Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak juga menghadapi cabaran besar sepanjang pembinaannya. Salah satunya adalah peristiwa berikut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah
Next Article Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation Cipta Sistem Pemercik Berkuasa Solar, 3 Pelajar Miri Dapat Pengiktirafan Antarabangsa Dari United Nation

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?