• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cium Penumpang Di Bibir, Pemandu E-Hailing Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah

Oleh
Husna Hazmi
24 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa berusia 18 tahun telah membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Cium Penumpang Di Bibir, Pemandu E-Hailing Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah. Dilaporkan, seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuching pada hari ini atas tuduhan mencabul seorang penumpang wanita berusia 18 tahun dengan mencium bibir mangsa.

Awang Budiman Awang Jamaludin, berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali terhadap pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Cium Penumpang Di Bibir, Pemandu E-Hailing Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah
Cium Penumpang Di Bibir, Pemandu E-Hailing Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah. Gambar sekadar hiasan- ISMAWeb

Boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun jika disabut bersalah

Jika disabit bersalah, seksyen tersebut memperuntukkan sehingga 10 tahun penjara, atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Sementara itu, Syarifah Fatimah telah menetapkan tarikh 30 November untuk pengurusan kes dan memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan tunai RM 1,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, Awang Budiman didakwa mencium mangsa berusia 18 tahun itu di dalam keretanya yang diletakkan di Taman Orchid Wood pada 16 Oktober 2022 kira-kira jam 7.30 malam.

Cium Penumpang Di Bibir, Pemandu E-Hailing Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah
Gambar sekadar hiasan

Mangsa adalah pelajar universiti awam di Kuching

Mangsa difahamkan merupakan seorang pelajar universiti awam di Kuching sedang menggunakan perkhidmatan e-hailing tertuduh untuk ke lokasi tersebut apabila tertuduh bertindak sedemikian.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

Pendakwaan kes pula dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Diharap agar anda di luar sana yang menggunakan perkhidmatan e-hailing, terutamanya golongan wanita, pastikan anda sentiasa berhati-hati serta sentiasa maklumkan keberadaan anda dan kalau boleh bawa rakan sekali untuk menemani anda.

Baca lagi di sini:

Raba Penumpang Wanita, Individu Dedah Pemandu Maxim ‘Miang’ Di Kuching Ini
Hampir Kena Rogol Pemandu Maxim, Wanita Tercedera Setelah Melompat Keluar Dari Kereta Di Sabah
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Santapan Waktu Petang, Ini Lokasi Lemang Yang Anda Boleh Kunjungi Di Sekitar Kuching
Next Article Mengaku Rogol Anak Bawah Umur, Ayah OKU Dihukum 10 Sebatan Dan 12 Tahun Penjara Di Kuching Mengaku Rogol Anak Bawah Umur, Bapa OKU Dihukum 10 Sebatan Dan 12 Tahun Penjara Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?