• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang ‘Kenja’ Cuba Ambil Kesempatan

Oleh
Husna Hazmi
13 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Memang mencabar keimanan betullah dapat pelanggan macam ni.

Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang ‘Kenja’ Cuba Ambil Kesempatan,. Perkataan ‘kenja’ merupakan dialek bahasa Melayu Sarawak bermaksud ‘gatal’ ‘miang’ atau secara informal di dalam bahasa Inggerisnya cavort.

Isi Isi Penting
  • Memang mencabar keimanan betullah dapat pelanggan macam ni.
  • Destinasi dari Lopeng ke Yu Lan kemudian ke Senandin
  • Pelanggan tersebut sempat merokok sehingga habis pula
  • ‘Tangan tu boleh alihkan tak?’

Di Tiktok baru-baru ini, seorang pemandu wanita Maxim di Miri berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang penumpang lelaki yang dikatakannya pelik dan juga miang.

Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang 'Kenja' Cuba Ambil Kesempatan
Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang ‘Kenja’ Cuba Ambil Kesempatan

Destinasi dari Lopeng ke Yu Lan kemudian ke Senandin

Dalam perkongsiannya itu, dia berkata pada mulanya dia mendapat pelanggan Maxim yang menempah perkhidmatannya ke destinasi dari Lopeng ke Yu Lan kemudian ke Senandin dan patah balik ke Yu Lan dengan caj perkhidmatan sebanyak RM 35.

Sampai sahaja ke destinasi penumpang tersebut di Lopeng, dia terpaksa menunggu pelanggannya itu dalam masa yang lama iaitu 20 minit.

Kalau ikutkan aku, aku memang dah caj dah pelanggan ini kerana terpaksa menunggu lama, tetapi sistem Maxim tiba-tiba keluar notifikasi ‘pelanggan telah menukar masa ketibaan’ kepada jam 11″.

Oleh kerana sudah sampai ke destinasi tersebut, pemandu Maxim ini mengambil keputusan untuk menunggu sahaja pelanggannya itu selama 20 minit.

Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang 'Kenja' Cuba Ambil Kesempatan

Pelanggan tersebut sempat merokok sehingga habis pula

Setelah pelanggan tersebut keluar dari rumahnya, pelanggan tersebut sempat merokok sehingga habis pula. Memang tak ada common sense! Siap sahaja daripada merokok itu, pelanggan tersebut pula masuk ke dalam kereta pemandu tersebut.

Kebiasaannya, pelanggan akan duduk di bahagian penumpang belakang kereta, tetapi pelanggan lelaki tersebut duduk di bahagian penumpang hadapan.

Bila customer masuk, kebiasaannya mereka akan duduk di bahagian penumpang belakang, tiba-tiba lelaki ni confident duduk di bahagian penumpang hadapan.

Aku taknak tegur kau tolong duduk belakang sebab, kalau kau duduk depan aku rasa lebih selamat boleh tengok apa kau buat.

Kemudian ketika pemandu Maxim ini ingin mengundur keretanya, tangan pelanggannya itu tiba-tiba berada dekat di gear keretanya lalu dia mengalih tangannya ke stereng kereta.

Dalam perjalanannya ke Yu Lan itu, pelanggan tersebut menukar destinasinya ke Yu Lan sahaja dengan caj tambang RM 5. Daripada route berharga RM 35 kini jadi RM 5 pula.

Pelanggan lelaki tersebut terus bertindak creepy memandang pemandu wanita Maxim ini ke atas bawah kemudian tangannya pula tiba-tiba beralih ke tempat duduk pemandu tersebut.

Pemandu Maxim Wanita Di Miri Ini Kongsi Pengalaman Penumpang 'Kenja' Cuba Ambil Kesempatan

‘Tangan tu boleh alihkan tak?’

Pemandu wanita yang berasa tidak selesa itu terus menegurnya ‘Tangan tu boleh alihkan tak?’ lalu lelaki tersebut mengalihkan tangannya. Penumpang lelaki yang tiada common sense itu seterusnya menukar lagi laluannya ke Cosy Inn pula.

Sudah dituruti kemahuan pelanggan itu, banyak lagi songehnya pula membuatkan pemandu Maxim wanita ini berang.

Video Tiktok luahan pemandu wanita Maxim ini kemudiaanya mendapat perhatian orang ramai dengan 287.8 ribu tontonan (setakat artikel ini ditulis).

Rata-rata warganet berasa pelanggan Maxim lelaki itu memang melampau dan seperti tiada common sense.

Jika anda ingin mengguna perkhidmatan e-hailing, anda perlu menghormati pemandu dan juga mengikut peraturan yang telah ditetapkan, jangan melampaui batas kerana setiap perbuatan buruk ada balasannya.

Baca lagi cerita menarik di sini:

SUMBER :Tiktok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah Didakwa Menghina Islam Dalam Persembahan, Siti Nuramira Mengaku Tidak Bersalah
Next Article Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?