• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID-19: 3 Ahli KeluargaYang Meninggal Dunia Di Kuching Dijangkiti Dari Sumber Itali

Oleh
ILB - AI
26 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
COVID-19: 3 Ahli Keluarga Dijangkiti Dari Sumber Itali.

Kes Import Dari Itali

COVID-19: 3 Ahli KeluargaYang Meninggal Dunia Di Kuching Dijangkiti Dari Sumber Itali. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, ketiga-tiga ahli keluarga yang meninggal dunia akibat virus Covid-19 disebabkan oleh kes import dari Itali.

COVID-19: 3 Ahli KeluargaYang Meninggal Dunia Di Kuching Dijangkiti Dari Sumber Itali
COVID-19: 3 Ahli KeluargaYang Meninggal Dunia Di Kuching Dijangkiti Dari Sumber Itali

Kes-kes Covid-19 di Sarawak kesemuanya diimport

Susulan pengumuman itu, beliau berkata lagi mereka telah mengenal pasti kluster baharu yang melibatkan warga Sarawak yang kembali dari Belanda dan Scotland. Tambah lagi, beliau berkata memandangkan senario terkini, ia adalah penting bagi semua orang untuk mematuhi Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan di negara ini sehingga 14 April 2020 untuk menghentikan penyebaran virus itu.

COVID-19: 3 Ahli KeluargaYang Meninggal Dunia Di Kuching Dijangkiti Dari Sumber Itali
Negara Itali kini mencatatkan jumlah kematian tinggi dan dan melepasi China dalam jumlah kematian.

“Seseorang mungkin tidak menunjuk gejala tetapi mereka boleh menyebarkan virus kepada ramai orang. Itulah sebabnya orang harus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan tinggal di rumah,” kata beliau lagi.

Beliau juga menekankan pesakit yang positif Covid-19 tetapi tidak menunjuk gejala-gejala virus tersebut untuk tidak menyalahkan diri mereka yang menyebarkan Covid-19 secara tanpa sengaja kerana mereka tidak menyedari bahawa mereka telah menghidap virus itu pada mulanya.

Awal hari ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu kematian yang membabitkan ketiga-tiga ahli keluarga dan seorang pastor adalah disebabkan kes import namun beliau tidak mengenalpasti dari mana mangsa-mangsa dijangkiti virus tersebut.

Kematian membabitkan ahli keluarga

Pada 21 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan bahawa seorang ibu dan anak perempuannya meninggal dunia akibat virus itu, manakala anaknya meninggal dunia pada 23 Mac. Ibu, yang berumur 79 tahun, meninggal dunia pada 18 Mac di rumah, manakala anak perempuannya meninggal dunia pada 21 Mac ketika menerima rawatan di SGH. Anak lelakinya meninggal dunia dua hari kemudian.

Pastor berusia 60 tahun dari Gereja Emmanuel Baptist, yang meninggal dunia pada 17 Mac yang lalu, adalah kematian pertama di Sarawak dan terdapat 19 kes dalam kelompok yang dikaitkan dengannya.

Menurut data yang dikeluarkan oleh jawatankuasa, terdapat 12 kes yang disahkan dalam kelompok keluarga pada jam 11 malam tadi.

Ia juga berkata terdapat 91 kes disahkan Covid-19 di Sarawak dari enam kumpulan, dimana kumpulan terbesar berjumlah 50 orang dan berkaitan dengan itjima’ yang diadakan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur awal bulan ini.

Sarawak telah mencatatkan lima kematian akibat virus itu.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masih Ada Yang Ingkar Arahan PKP, 37 Orang Ditangkap Dalam Masa 24 Jam Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, 28 Orang Telah Ditahan Di Sarawak
Next Article Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?