I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April

Nur Afifah 26 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Hampir Kesemua Penerbangan Digantung Sementara

COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April. AirAsia dalam satu kenyataan rasmi di laman web nya hari ini memutuskan untuk menggantung sementara penerbangan antarabangsa dan domestik sekurang-kurangnya hingga penghujung April ini. Dalam kenyataan tersebut, penggantungan tersebut meliputi penerbangan di bawah rangkaian kumpulan AirAsia dan kumpulan AirAsia X termasuklah AirAsia Filipina, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia, AirAsia India, AirAsia X Malaysia dan AirAsia X Thailand.

COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April
COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April. Kredit : RunwayGirlNetwork.com

Untuk penerbangan jarak dekat, AirAsia Malaysia menggantung sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik bermula 28 Mac 2020 hingga 21 April 2020. Penggantungan penerbangan yang lain adalah seperti yang dinyatakan berikut;

COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April

Penumpang Terjejas Diberi Pilihan Akaun Kredit Atau Tukar Tarikh Tanpa Had

Penumpang yang terjejas pula akan dimaklumkan menerusi emel dan sms. Selain itu, mereka juga akan diberi beberapa pilihan sama ada;

  • Tukar tempahan penerbangan kepada akaun kredit AirAsia yang boleh ditebus dalam masa 365 hari
  • Tukar kepada tarikh baharu tanpa had (bayaran sebelum 31 Oktober 2020)

Namun demikian, pihak syarikat penerbangan tambang murah ini memberitahu akan sentiasa memantau keadaan semasa dan segera memulakan penerbangan sekiranya mendapat kelulusan pihak kawal selia apabila keadaan beransur pulih.

COVID-19 : AirAsia Gantung Penerbangan Antarabangsa Dan Domestik Hingga Hujung April
Chat dengan Ava untuk mendapatkan bantuan berkenaan tempahan penerbangan.

Gaji Kakitangan Kanan Dan Senior Dipotong Antara 15% Dan 100%

Dalam kenyataan yang sama, pihak AirAsia setakat ini telah bersepakat untuk menerima potongan gaji sebanyak 100% hingga 15% dalam kalangan ahli pengurusan kanan dan kakitangan senior untuk menampung dan mengurus kos perniagaan. Selain itu, pemotongan gaji ini juga berupaya untuk memastikan kelangsungan syarikat dan mengurangkan kesan ke atas kakitangan AirAsia yang berjawatan rendah.

Jelasnya lagi, AirAsia sentiasa mengutamakan keselamatan serta kesihatan para penumpang serta kakitangan yang terlibat. Memandangkan syarikat penerbangan tersebut merupakan antara medium pengangkutan udara utama di Malaysia, mereka memainkan peranan yang besar untuk menjayakan perintah kawalan pergerakan (PKP) serta sekatan perjalanan termasuklah perintah kuarantin di rumah.

Hal ini bagi memastikan usaha mengekang penyebaran virus COVID-19 berjaya sekaligus kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan yang selamat untuk semua.

Langkah Yang Wajar Untuk Kekalkan Khidmat Penerbangan Tambang Murah Dalam Industri

Langkah yang diambil oleh AirAsia ini sememangnya satu tindakan yang wajar bagi kedua-dua pihak; syarikat penerbangan dan penumpang agar perkhidmatan penerbangan tambang murah kekal berada dalam industri.

Pastinya anda tidak mahu kehilangan penerbangan tambang murah yang kini membolehkan semua lapisan masyarakat menikmati pengangkutan udara yang dahulunya hanya mampu digapai oleh golongan elit sahaja. Demikian peranan AirAsia.

Kita? Jaga kebersihan dan sentiasa patuhi PKP agar kita mampu menjalani hidup seperti biasa secepat yang mungkin.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda
Next Article Singapura Beri RM3000 Sebulan Kepada Penduduknya Yang Bekerja Sendiri Selama 9 Bulan Singapura Beri RM 3,000 Sebulan Kepada Rakyatnya Yang Bekerja Sendiri Selama 9 Bulan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?