fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Jualan Hebat Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi

iloveborneo Oleh iloveborneo
6 Mac 2020
Jualan Hebat Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sebanyak 6 juta tempat duduk promosi ditawarkan, ahli BIG boleh menempah penerbangan untuk perjalanan segera hingga 1 Julai 2021

AirAsia tawar Jualan Hebat dengan enam juta tempat duduk promosi untuk percutian yang lebih menarik, termasuk tambang percuma ke pelbagai destinasi-destinasi popular di seluruh rangkaian AirAsia seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Australia, India, Jepun, Korea dan Taiwan.

Nikmati penerbangan AirAsia X dengan tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG bermula serendah RM71* sehala dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi-destinasi menakjubkan termasuklah Fukuoka, Seoul, Gold Coast, Perth, Melbourne, Sydney dan Taipei. Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Bali, Okinawa, Jeju, Ahmedabad, dengan tambang untuk ahli BIG daripada RM599* sehala.

ADVERTISEMENT

Ahli AirAsia BIG juga boleh menikmati diskaun penerbangan domestik atau antarabangsa serendah RM12* sehala dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar dan Kota Bharu; serta dari RM44* sehala untuk penerbangan ke Singapura, Phnom Penh, Jakarta, Can Tho, Phuket dan banyak lagi.

Jualan Hebat Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi

Selain itu, bagasi daftar masuk juga boleh dipra-tempah dengan diskaun sebanyak 10%** untuk bagasi 25kg dan ke atas. Diskaun bagasi hanya tersedia bagi tempahan penerbangan semasa tempoh promosi. Para tetamu juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10% untuk tawaran AirAsia Bundle Deals dengan kod promosi DEALS10 dan diskaun sebanyak 5% untuk pelbagai aktiviti dengan kod promosi ACTIVITIES5.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Dapatkan tempat duduk percuma apabila anda menempah pakej SNAP (penerbangan + hotel) daripada RM129* seorang. Nikmati tambahan diskaun sebanyak 15% untuk barangan bebas cukai dan servis penghantaran ke rumah di ourshop.com apabila pembayaran dibuat melalui BigPay. Lengkapkan tempahan anda dengan Perlindungan Perjalanan AirAsia oleh Tune Protect untuk perjalanan yang lebih lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com Karen Chan berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan Jualan Hebat pertama bagi tahun 2020! AirAsia memahami sentimen semasa para tetamu kami, justeru kami  menyediakan peluang menempah percutian lebih awal untuk menikmati lebih nilai, bagi perjalanan hingga Julai 2021. Cara terbaik untuk mendapatkan tambang dan tawaran perjalanan terendah adalah untuk merancang dan membuat tempahan awal. Pelbagai promosi yang ditawarkan adalah selari dengan usaha kami untuk menjadi jenama perjalanan dan gaya hidup Asean kerana kini anda boleh melengkapkan perancangan percutian dengan menempah penerbangan, penginapan, aktiviti dan banyak lagi, hanya di airasia.com.”

ADVERTISEMENT

Ahli AirAsia BIG dan pengguna BigPay boleh menikmati akses keutamaan 24 jam bermula 8 Mac 2020 (0001h GMT +8) untukperjalanan segera hingga 1 Julai 2021. Log masuk sebagai Ahli BIG di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati tawaran tempat duduk pada harga terendah.

Tempahan dibuka kepada umum di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula 9 Mac 2020 (0001h GMT +8) hingga 15 Mac 2020 (2400 GMT +8).

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula serendah 500 Mata Ganjaran BIG sehala di airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Share616Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy