Semalam, 99.98 peratus kes COVID-19 di Sarawak adalah dalam kategori 1 dan 2.
COVID-19 Kategori Tiga Hingga Lima Mewakili 0.11 Peratus, Sarawak Jadi Contoh Perincian Kes Pada Fasa Endemik. Dipetik daripada Astro Awani, Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara. Sebagai contoh, penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia.
Malaysia akan memulakan fasa endemik pada hujung bulan Oktober
Oleh itu, Malaysia akan memulakan fasa endemik pada hujung bulan Oktober di mana kita akan menyaksikan bilangan kes Covid-19 bagi kategori tiga hingga lima hanya membabitkan beberapa kes sahaja lapor Berita Harian.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengambil contoh kes COVID-19 di Sarawak, semalam yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 3,714, namun perincian klinikal bagi kategori tiga hingga lima adalah empat kes atau mewakili 0.11 peratus sahaja.
“Perincian kes bagi Sarawak berdasarkan kategori klinikal, mendapati 3,710 kes atau sebanyak 99.98 peratus adalah kategori satu dan dua.
“Ini sekali gus menunjukkan bagaimana kita hidup dalam endemik walaupun keseluruhan kes mencatatkan bilangan tinggi, hanya empat kes dalam kategori tiga hingga lima,” jelas beliau menerusi hantaran di Facebook dan twitternya, malam tadi.
Pecahan kes Covid-19 di Sarawak memperincikan semua kategori
Di samping itu, beliau turut berkongsi pecahan kes Covid-19 di Sarawak yang memperincikan semua kategori. Beliau menjelaskan bahawa bilangan kes bagi kategori satu yang mana tiada gejala merekodkan 3,251 kes atau 87.53 peratus, diikuti kategori dua 459 kes atau 12.36 peratus dengan tahap jangkitan bergejala ringan.
Selain itu, bagi kategori tiga yang mempunyai jangkitan paru-paru, kes di Sarawak semalam merekodkan dua kes atau 0.05 peratus, diikuti tahap empat yang mana tiada pesakit mengalami jangkitan paru-paru serta bantuan oksigen.
Bagi kategori lima pula iaitu pesakit COVID-19 yang mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator, dua kes atau 0.05 peratus.
Kategori satu dan dua sebanyak 99.98 peratus
Tambah Dr Noor Hisham lagi, walaupun Sarawak semalam merekodkan jangkitan baharu yang tertinggi iaitu 3,714 kes bagi negeri tersebut, bilangan kes itu adalah ramai membabitkan kategori satu dan dua iaitu sebanyak 99.98 peratus iaitu 3,710 kes.
Daripada data tersebut, jumlah kes baharu COVID-19 semalam mencatat penurunan apabila merekodkan 17,352 kes berbanding 20,396 kes semalam.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata, fasa endemik di Malaysia dijangka bakal bermula pada akhir Oktober ini, dengan kadar imuniti kelompok diharap mencapai 80 peratus. Ketika ini Labuan dan Sarawak sudah mencapai fasa endemik, selain negara lain yang kebanyakannya sudah beralih ke fasa itu dan pengenalan norma baharu untuk hidup dengan lebih sihat serta selamat.