• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan

Oleh
Ismail NA
7 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Spesis kupang yang dijumpai tersebut adalah berstatus endemik di Borneo.

Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan. Di Borneo, sekumpulan penyelidik yang dianggotai oleh pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama penyelidik antarabangsa telah menemui 2 spesis kupang baharu di Limbang dan Kinabatangan, Sabah. Profesor Madya Dr. Khairul Adha A. Rahim dan pasukannya dari UNIMAS telah menemui kupang baharu tersebut yang dikategorikan sebagai spesis endemik di Borneo.

Isi Isi Penting
  • Spesis kupang yang dijumpai tersebut adalah berstatus endemik di Borneo.
  • Ditemui di kawasan habitat sungai hutan dalam jumlah yang sangat sedikit
  • Banyak flora dan fauna endemik di Borneo yang berstatus terancam
  • Kat Sarawak pun ada ikan lumba-lumba yang rare tau! Baca selanjutnya di sini :

Untuk pengetahuan anda, sesuatu spesis sama ada tumbuhan mahu pun haiwan yang dikenal pasti sebagai endemik adalah bermaksud spesis tersebut hanya terdapat di sesebuah kawasan sahaja di dunia. Boleh jadi kawasan endemik itu adalah kecil. Misalnya seperti di sebuah sungai. Kawasan endemik juga boleh merangkumi sebuah kawasan yang besar seperti sebuah benua atau pulau.

Dua spesis kupang baharu tersebut, masing-masing ditemui di kawasan berlainan di Sarawak dan Sabah. Spesis kupang Khairuloconcha lunbawangorum sp. nov. djumpai di lembangan sungai Limbang, Sarawak manakala spesis kupang Khairuloconcha sahanae sp. nov. ditemui di lembangan sungai Kinabatangan iaitu dalam kawasan Rizab Hutan Gomantong, Sabah.

Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Spesis kupang Khairuloconcha lunbawangorum sp. nov. djumpai di lembangan sungai Limbang, Sarawak manakala spesis kupang K. sahanae ditemui di lembangan sungai Kinabatangan iaitu dalam kawasan Rizab Hutan Gomantong, Sabah. Kredit : FB Vice Chancellor Universiti Malaysia Sarawak
Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan. Jenis kupang baharu yang dijumpai di lembangan sungai Limbang, Sarawak dan Kinabatangan, Sabah. Sumber : Jurnal Aquatic Conservation Marine and Freshwater Ecosystems

Ditemui di kawasan habitat sungai hutan dalam jumlah yang sangat sedikit

Kedua-dua spesis ini ditemui di kawasan habitat sungai hutan yang sangat terhad, apatah lagi ia dijumpai dalam jumlah yang sangat sedikit. Kajian yang dilakukan juga menunjukkan jumlah kupang istimewa ini akan terus menurun pada masa hadapan akibat aktiviti pembalakan dan penebangan hutan. Justeru, pasukan penyelidik ini menggesa agar kawasan ini diberi perlindungan penuh bagi menyelamatkan spesis terancam ini daripada kepupusan.

Menerusi kajian yang diterbitkan menerusi jurnal Aquatic Conservation Marine and Freshwater Ecosystems, kebanyakan spesis kupang air tawar yang endemik kepada Borneo telah lama tidak direkodkan dalam dunia penyelidikan sains sejak lebih 50 tahun yang lalu berikutan kurangnya usaha penyelidikan serta kemungkinan kemusnahan populasi yang membataskan kajian.

Selain daripada spesis genus nova (baharu) K. lunbawangorum dan K. sahanae, pasukan ini turut menemui spesis kupang Schepmania yang termasuk dalam tribe endemik Borneo dan berstatus nova iaitu Schepmaniini.

Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Prof. Madya Dr. Khairul Adha (tengah) bersama pasukan penyelidik, Alexandra Zieritz (School of Geography, University of Nottingham, Nottingham, UK) (kanan) dan John Pfeiffer (National Museum of Natural History, Smithsonian Institution, Washington, DC, USA) (kiri). Kredit : FB Vice Chancellor Universiti Malaysia Sarawak

Turut bersama-sama dalam ekspedisi penemuan tersebut adalah pasukan penyelidik antarabangsa yang disertai oleh Dr Alexandra Zieritz (School of Geography, University of Nottingham), Leonardo Jainih (Institute for Tropical Biology and Conservation, Universiti Malaysia Sabah), Dr John Pfeiffer (National Museum of Natural History, Smithsonian Institution, Washington), Dr. Manuel Lopes-Lima (CIBIO/InBIO – Research Center in Biodiversity and Genetic Resources, University of Porto), Dr. Elsa Froufe (CIMAR/CIIMAR- Interdisciplinary Centre of Marine and Environmental Research, University of Porto, Matosinhos, Portugal), Hari Prayogo, Muhammad Sofwan Anwari & Farah Diba (Tanjungpura University), Arman Hadi Fikri ( Universiti Malaysia Sabah), Dr. Hussein Taha (Universiti Brunei Darussalam) & Dr. Zohrah Sulaiman (Universiti Teknologi Brunei).

Banyak flora dan fauna endemik di Borneo yang berstatus terancam

Menurut laman sesawang World Wildlife Fund (WWF), sebanyak 44 jenis haiwan mamalia, 37 jenis burung, dan 19 jenis ikan yang disifatkan sebagai endemik di Borneo daripada 1,136 jumlah keseluruhan haiwan termasuk amfibia. Antara haiwan endemik di Borneo adalah seperti orang utan, monyet proboscis, gajah Borneo atau gajah pygmy, dan kucing merah Borneo.

Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Orang utan. Kredit : Alejo Sabugo/International Animal Rescue/BBC
Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Kucing merah Borneo. Kredit : smallwildcats.com
Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Monyet proboscis. Kredit : borneoadventure.com
Sekumpulan Penyelidik Temui 2 Spesis Kupang Baharu Berstatus Endemik Di Limbang Dan Kinabatangan
Gajah pygmy atau juga dikenali sebagai gajah Borneo. Kredit : BERNAMA

Bagi tumbuh-tumbuhan pula, dianggarkan sebanyak 5,000 spesis tumbuhan berbunga yang ditemui di kepulauan ini adalah endemik kepada Borneo. Ini termasuklah buah kegemaran ramai rakyat Sarawak dan Sabah iaitu buah dabai (Canarium odontophyllum).

Tahniah diucapkan pasukan penyelidik yang berjaya menemui spesis kupang rare ini. Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat menjadikan kawasan ini sebagai sebuah kawasan yang dilindungi sepenuhnya bagi menjamin kelangsungan hidup fauna Borneo yang tidak ternilai ini.

Kat Sarawak pun ada ikan lumba-lumba yang rare tau! Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TEGAS Digital Village Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Serupa Macam Sandbox Dalam Drama Korea Start-Up!
Next Article COVID-19 Kategori Tiga Hingga Lima Mewakili 0.11 Peratus, Sarawak Jadi Contoh Perincian Kes Pada Fasa Endemik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?