Jalan Raya Mulai Sesak Dengan Rakyat Yang Pulang Ke Kampung Halaman
COVID-19 : Netizen Bimbang Tindakan Balik Kampung Tingkatkan Penularan Wabak. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Muhyiddin Yassin semalam (16 Mac 2020) telah mengumumkan bahawa negara kita menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang memperuntukkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara serta sekatan perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Perintah ini berkuatkuasa bermula 18 Mac (Rabu) hingga 31 Mac 2020 (Selasa) iaitu selama 14 hari.
Berdasarkan tinjauan di laman sosial Twitter dan Facebook, netizen mula mengambil kesempatan ini untuk bergegas pulang ke kampung halaman. Tambahan pula, kebanyakan pejabat serta institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Namun demikian, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman, menegaskan bahawa tindakan balik kampung pada waktu ini hanya menggagalkan usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Jelasnya lagi, orang awam sepatutnya kekal berada di mana mereka berada sekarang. Tujuan utama pihak kerajaan menguatkuasakan perintah ini adalah untuk mengehadkan pergerakan rakyat Malaysia serta mengurangkan kontak dalam kalangan orang ramai. Namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku.
Kebimbangan Trend Balik Kampung
Dalam pada masa yang sama, terdapat juga netizen yang meluahkan kebimbangan serta memberikan amaran kepada rakyat marhaen yang lain agar membatalkan hasrat mereka untuk pulang ke kampung halaman buat masa ini. Ini kerana anda tidak mengetahui punca serta bawaan virus dari tempat anda dan berkemungkinan menyebarkan virus tersebut kepada ahli keluarga dan komuniti kampung halaman.
Stay put wherever you are, folks. Don’t balik kampung and spread the virus to our elderly parents or to communities that have limited healthcare options. Limit your movements but call your mum and dad everyday k. 🙏🏼 https://t.co/lfLjNZm1QF
— Melisa Melina Idris (@melisa_idris) March 16, 2020
Apparently, some people who tested for COVID-19 are asymptomatic, which means they show no symptoms or illness.
— not typical. (@JustinTWJ) March 17, 2020
Without mass testing, we wouldn't really know for sure. And the fact that many people want to balik kampung starting from tomorrow? Welp.
Orang tak bagi balik kampung sebab bila ramai² pakat nak balik kampung, habis penuhlah stesyen bas dan kereta api.
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) March 17, 2020
Apabila penuh, apa jadi tuan²? Jadilah perhimpunan ramai², maka semakin mantul lah korona merebak.
Mula² pembelian panik, selepas itu balik kampung pula. Ciduk. pic.twitter.com/8Z1tepK9m1
Pentingkan Diri Punca ‘Lockdown’ Itali Gagal Bendung COVID-19
Terdapat juga pengguna Twitter yang memaklumkan bahawa punca peningkatan kes yang sangat mendadak di Itali adalah berpunca daripada sikap rakyatnya yang mementingkan diri sendiri dengan pulang ke kampung halaman semasa perintah lockdown dilaksanakan. “Your kampung won’t go missin but your loved ones maybe,” – “Kampung anda takkan hilang, tapi berkemungkinan anda boleh hilang orang yang tersayang,”
One of the reasons why there’ an huge surge in Italy, was when they announced lockdown, all balik kampung. And they didn’t even know that they had the virus.
— yindian™️ (@yindian5) March 17, 2020
So, stay put wherever you are. Your kampung won’t go missing but your loved ones maybe. Be wise.
those whose office are shut during this nationwide restricted movement order, please dont take this opportunity to balik kampung. you dont know if you’re a CoVid19 carrier and you wouldnt want to transmit the virus to your families. #RestrictedMovementOrder
— syedjay (@syedjayjay) March 17, 2020
Pelajar Universiti Pula Dalam Dilema
Dalam pada masa yang sama, pelajar universiti pula bimbang akan tindakan sesetengah institusi pendidikan tinggi yang mengeluarkan notis kurang 24 jam untuk mengosongkan kolej kediaman dan menyuruh mereka untuk pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Sudah tentu, hal ini amat sukar untuk pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak di Semenanjung. Begitu juga dengan pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, harga tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke benua Borneo pada ketika ini sangat tidak mampu milik untuk para pelajar.
UiTM kena kosongkan kolej serta-merta. Crazy move by the university. At least batalkan kelas dulu lah. Dan suruh budak stay je dalam kolej. Crazy lah you people. Sekarang semua bersesak fikir macam mana nak balik. Lepas tu ramai-ramai berkumpul dekat stesen bas…. Lepas tu…
— Kak Mira 👱🏼♀️ (@mighvv) March 17, 2020
kalau virus ni merebak sampai ke kampung halaman ni salahkan ipt ya. dorang yang gesa student balik dan kosongkan kolej kediaman. yang duduk sabah sarawak pun kena balik, kesian tau. tapi tu la nak buat macam mana
— faghah⁷ – vminist 🍍 (@farahhawani) March 17, 2020
Ya tuhan teruk sangat ni sampai staff pejabat ketuk bilik suruh cepat kosongkan kolej😣
— isma (@nikismaaa) March 17, 2020
Berita kata jangan balik kampung. Stay wherever you are. Just stay. Tapiii uitm keluar kan pekeliling suruh kosongkan kolej. Aku nak duduk mana? Takkan duduk pantai pandak pulak hm
— keman means makan in melanau (@lkmn_km) March 17, 2020
Bagi Mahasiswa UITM yang terkesan,
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 17, 2020
Hubungi pihak uni kerana sudah disediakan penempatan di Kolej Mawar bagi mereka dari Sabah & Sarawak yang tidak dapat balik.
Terima kasih UITM! https://t.co/mB0DXhhywa
UniSZA juga membenarkan students from Sabah, Sarawak n international utk stay di asrama kediaman☺️ https://t.co/cXNFLESrov
— Fatih (@missfthh) March 17, 2020
Seorang pengguna Twitter pula menjelaskan bahawa tempoh 14 hari yang akan datang adalah penting untuk meratakan lengkungan jangkitan COVID-19. Setiap individu perlu memainkan peranan yang penting untuk mencegah jangkitan termasuklah mencuci tangan serta mengamalkan social distancing (tidak balik kampung/pembelian panik).
Dearest Malaysia,
— 까짜삘럽⁷ 💛 (˘・ɞ・˘) H^^PY 🥔 (@brendayee) March 17, 2020
The next 14 days are vital as we enter Restriction.
Every one of us must play our part; from hand washing to social distancing to staying put (not balik kampung/panic buy)
Stay informed: @KKMPutrajaya | @WHOMalaysia#FlattenTheCurve #COVID19#SocialDistancing pic.twitter.com/d5uCgW85tC
Apa pandangan anda? Apakah langkah tambahan yang wajar diambil bagi mengetatkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ini? Nasihat kami, semua ini bermula dari diri kita sendiri. Marilah saling bekerjasama mengharungi fasa 14 hari yang genting ini dengan patuh dan penuh disiplin.