• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
17 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara Tersebut Dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak. Seorang pastor yang berasal dari Kuching disahkan menjadi korban pertama wabak COVID-19 di Malaysia. Pastor yang berumur 60 tahun itu merupakan pastor dari Gereja Emmanuel Baptist di Kuching dan dikatakan meninggal dunia pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

Berita kematian tersebut disahkan melalui siaran media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada jam 5 petang ini. Kematian pastor gereja tersebut merupakan kematian pertama jangkitan COVID-19 di Sarawak dan juga di Malaysia.

TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak
TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak

193 Kontak Rapat Mendiang Telah Dikenal Pasti, Kini Jalani Kuarantin

TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak
Mendiang paderi dari Gereja Emmanuel Baptist di Kuching.

Dalam pada masa yang sama, seramai 193 kontak rapat mendiang pastor tersebut telah dikenal pasti dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing. Setakat hari ini, Sarawak mencatatkan 11 kes positif baharu dengan pecahan 6 kes dari Kuching, 3 kes dari Limbang, satu kes masing-masing dari Betong dan Lawas. Kesemua pesakit kini dirawat di tiga hospital khas COVID-19; Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.

Dalam pada masa yang sama, sebanyak 35 kes PUI baharu dicatatkan hari ini manakala 204 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 45 kes COVID-19 di Sarawak telah diklasifikasi kepada 4 kluster iaitu ;

  1. Kluster Sri Petaling
  2. Kluster Kuching (Gereja)
  3. Kluster Sarikei
  4. Kluster Kuching (belum dikenal pasti punca)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19 : Netizen Bimbang Tindakan Balik Kampung Tingkatkan Penularan Wabak
Next Article COVID 19 : 120 Kes Baru Dan 2 Kes Kematian Di Sarawak Dan Johor Dilaporkan COVID 19 : 120 Kes Baru Dan 2 Kes Kematian Di Sarawak Dan Johor Dilaporkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?