Statistik tersebut dimaklumkan ketika sidang media covid19 Sarawak
COVID19 : Sarawak Catat 21 Kes Positif COVID19 Hari Ini, Kenaikan Tertinggi Setakat Ini. 21 kes positif COVID19 dicatatkan di Sarawak hari ini. 20 kes dicatatkan di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dicatatkan di Hospital Sibu.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak, setakat ini Kerajaan Sarawak turut mengesan beberapa buah kluster jangkitan terbaru Covid19 seperti dari Scotland, London dan juga Belanda. Ini merupakan tambahan kepada 5 kluster sedia ada COVID19 di Sarawak.
Sarawak turut mencatatkan 46 orang lagi person under investigation hari ini, dan 14 orang juga telah di discaj dari hospital. Difahamkan juga 9 orang kini di bawah unit kawalan rapi dengan 8 orang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan seorang di Hospital Sibu.
Baca juga laporan lain : TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini