• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID19 : Sarawak Sekat Pergerakan Antara Bandar Melainkan Kes Kecemasan

Oleh
ILB - AI
29 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

COVID19 : Sarawak Sekat Pergerakan Antara Bandar Melainkan Kes Kecemasan. Dalam siaran media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak petang tadi, Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk menyekat pergerakan antara bandar dalam mengekang penularan Wabak COVID19.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak
  • Kebenaran Masuk Sarawak Bagi Pekerja Offshore
  • 95% Rakyat Sarawak Kini Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
  • Ayuh Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
COVID19 : Sarawak Sekat Pergerakan Antara Bandar Melainkan Kes Kecemasan
COVID19 : Sarawak Sekat Pergerakan Antara Bandar Melainkan Kes Kecemasan

Menurut kenyataan tersebut, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak tidak membenarkan pergerakan di antara daerah. Pengecualian diberikan bagi kes kes kecemasan melalui daerah masing masing.

Kebenaran Masuk Sarawak Bagi Pekerja Offshore

Jawatankuasa tersebut juga memutuskan untuk mengarahkan kesemua pekerja offshore oil and gas termasuk dari luar Sarawak dikehendaki untuk menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di Sarawak sebelum dibenarkan pergi ke pelantar minyak.

COVID19 : Sarawak Sekat Pergerakan Antara Bandar Melainkan Kes Kecemasan

95% Rakyat Sarawak Kini Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak turut mengucapkan terima kasih pada rakyat Sarawak yang telah mematuhi perintah kawalan pergerakan. Menurut pihak polis, 95% rakyat sarawak kini mematuhi perintah kawalan pergerakan. Sepanjang tempoh 25-29 Mac 2020, 162 orang telah ditahan kerana mengingkari perintah tersebut dan 8 orang telah didakwa di mahkamah. 5 orang telah dijatuhkan hukuman penjara 2-4 bulan dan 3 orang lagi di denda. Baki pesalah akan didakwa di mahkamah mulai esok hari.

Ayuh Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti yang kita tahu, kini kita berhadapan dengan virus yang tiada penawarnya lagi. Oleh itu amat penting untuk kita semua patuh pada arahan pihak berkuasa dan tidak bertindak sendirian. Jadi, ayuhlah kita bersama sama stay at home dan pastikan kita membantu kerajaan dengan langkah ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 125 Lagi Kes Baru COVID19 Dilaporkan Di Malaysia, Kekal Tertinggi Di Asia Tenggara COVID19 : 11 POSITIF COVID19 Di Sarawak Hari Ini, Semua Dirawat Di Hospital Umum Sarawak
Next Article Ini Taburan Terkini Kes COVID19 Di Sabah Dan Sarawak, Kuching Catat Kes Tertinggi Ini Taburan Terkini Kes COVID19 Di Sabah Dan Sarawak, Kuching Catat Kes Tertinggi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?