• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Cuba Buat Burger ‘Beef Benjo’, Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast

Oleh
Husna Hazmi
4 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Cuba Buat Burger 'Beef Benjo', Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast

Dengan 11.5 juta subscribers di Youtube, rancangan First We Feast yang dibintangi oleh George Motz mencuba resepi burger jalanan Malaysia.

Cuba Buat Burger ‘Beef Benjo’, Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast. Rancangan di Yotube ini memang terkenal kerana artis undangan mereka memang bukan biasa-biasa, Billie Eilish, Scarlet Johansson, Kevin Hart, Jonas Brothers dan banyak lagi artis antarabangsa yang terkenal telah dijemput oleh rancangan ini. Kini jemputan istimewanya pula merupakan Burger Jalanan Malaysia ye gais.

Isi Isi Penting
  • Dengan 11.5 juta subscribers di Youtube, rancangan First We Feast yang dibintangi oleh George Motz mencuba resepi burger jalanan Malaysia.
  • Burger sampah atau sloppy burger
  • Bagaimana memasak burger kegemaran orang kita
  • Rahsia untuk membuat burger jalanan
  • Keunikan burger Malaysia ini adalah ianya disaluti dengan telur

Burger jalanan yang merupakan comfort food rakyat Malaysia kini telah mengambil namanya apabila rancangan Antarabangsa di Youtube membuat satu video mengenai makanan ikon ini. Burger jalanan Malaysia ini lain daripada yang lain kerana kita menggunakan resepi kegemaran orang Malaysia dan yang paling popular ialah burger ramli yang disaluti telur ataupun digelar burger sampah.

Cuba Buat Burger 'Beef Benjo', Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast
Cuba Buat Burger ‘Beef Benjo’, Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast. Youtube First We Feast

Burger sampah atau sloppy burger

Ianya digelar burger sampah atau sloppy burger kerana apabila kita memakannya, memang pasti comot kan? Tetapi rasanya memang jauh sekali dari sampah kerana ianya memang padu ye.

Burger jalanan di Malaysia kini memang banyak kerana memang ramai rakyat Malaysia menyukainya. Dengan harga yang amat berpatutan dan juga burger panas dan fresh di siapkan di hadapan kita, burger jalanan ini sebenarnya lebih menyelerakan daripada burger yang sekadar dipanaskan sahaja seperti di sesetengah tempat.

Cuba Buat Burger 'Beef Benjo', Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast
Cuba Buat Burger ‘Beef Benjo’, Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast

Bagaimana memasak burger kegemaran orang kita

Di dalam video yang berjudul How to Cook a Spicy Malaysian Egg Burger with George Motz itu, menunjukkan bagaimana memasak burger kegemaran orang kita iaitu burger ramli disaluti telur ataupun burger sampah ini.

George Motz yang merupakan pembuat filem yang telah memenagi Anugerah Emmy, pengasas Food Film Festival, pengarang bagi The Travel Guide Hamburger America (Running Press), The Great American Burger Book (Abrams), dan telah dipilih oleh New York Times sebagai pemimpin utama kewibawaan hamburger telah mencuba resepi burger jalanan Malaysia ini.

Cuba Buat Burger 'Beef Benjo', Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast
Cuba Buat Burger ‘Beef Benjo’, Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast

Rahsia untuk membuat burger jalanan

Menurut rakan George Motz yang merupakan orang Malaysia bernama Tyson Ho, rahsia untuk membuat burger jalanan ini menjadi adalah dengan menggunakan bahan yang memang amat berpatutan. Jika anda menggunakan bahan yang amat berkualiti, maka tidak jadilah burger ramli jalanan ini. Ini menyebabkan harga burger jalanan Malaysia amat berpatutan dan boleh dibeli oleh semua orang.

Di dalam video tersebut, George Motz mencuba resepi di mana burger daging ramli yang disaluti telur bersama sos cili, mayonis, rempah istimewa, dimasak menggunakan marjerin dan bukannya butter dan juga perasa maggi yang memang ada di setiap stall burger di seluruh Malaysia ini.

Kebanyakan bahan yang digunakan di dalam video tersebut untuk membuat burger jalanan Malaysia memang digunakan di stall-stall burger jalanan.

Cuba Buat Burger 'Beef Benjo', Resipi Malaysia Ini Pernah Masuk Youtube First We Feast

Keunikan burger Malaysia ini adalah ianya disaluti dengan telur

George Motz mengatakan keunikan burger Malaysia ini adalah ianya disaluti dengan telur dan di dalamnya diletakkan sos cili yang pedas bagi membuka selera kerana rakyat Malaysia memang suka makan pedas.

Burger Jalanan Malaysia ini telah mendapat reaksi yang baik tetapi bagi George Motz ianya agak terlalu pedas. Walaupun pedas, burger jalanan Malaysia ini telah mendapat nama di platform antarabangsa kerana keunikannya dan juga kelazatannya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dibuka Esok, Jom Beli Belah Di Cawangan Baru Eco Shop Batu Kawa!
Next Article Tak Dapat Terima Pertunangan Dibatalkan, Lelaki Ini Didedahkan Kerap Mengganggu Bekas Tunang Tak Dapat Terima Pertunangan Dibatalkan, Lelaki Ini Didedahkan Kerap Mengganggu Bekas Tunang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?