• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa

Oleh
Nazihah AN
21 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa

Seorang bapa bertindak mencuri angpau anak kembarnya sebanyak 16,800 yuan

Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa. Sudah menjadi tradisi apabila setiap musim perayaan tiba, pasti kita akan berkongsi rezeki bersama-sama termasuklah memberi duit raya atau angpau kepada sanak saudara, keluarga terdekat dan sahabat handai.

Walau bagaimanapun, mungkin akan ada yang mempersoalkan jika kanak-kanak tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka sendiri pada usia yang muda ini. Tak lain, dan tak bukan ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam menguruskan wang tersebut.

Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa
Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa. Gambar sekadar hiasan

Anak kembarnya di bawah jagaan ibunya

Baru-baru ini, terdapat satu kes di mana sepasang kembar di Jiangsu, China ini bertindak untuk menyaman bapa mereka kerana mengambil wang ang pau mereka.

Menerusi weibo.com, terdapat sepasang suami isteri yang mempunyai anak kembar (lelaki dan perempuan). Walau bagaimanapun, sepasang suami isteri tersebut Zhou (suami) dan Wu (isteri) bercerai dan kedua-dua kembar tersebut di bawah jagaan ibu mereka, Wu.

Pada 26 Januari 2020, Zhou, yang masih menjadi penjaga kepada anak kembarnya yang berusia 13 tahun, telah mengambil 16,800 yuan (RM10,613) daripada wang ang pau mereka.

Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa
Gambar sekadar hiasan

Bapa mereka sering memberi alasan untuk tidak membayar balik

Oleh kerana ia adalah wang angpau milik mereka, mereka berulang kali meminta bapa mereka untuk memulangkan kembali wang mereka tetapi bapanya enggan memulangkannya dengan pelbagai alasan.

Jadi, kedua-dua mereka menyaman Zhou di mahkamah, meminta dia memulangkan wang itu. Mahkamah Rakyat Bandar Pizhou di Jiangsu memutuskan bahawa Zhou perlu memulangkan 8,000 yuan (RM5,054) dan 8,800 yuan (RM5,559), berjumlah 16,800 yuan (RM10,613) kepada anak-anaknya.

Keputusan mahkamah dibuat dengan menyuruh Zhou untuk membayar balik jumlah tersebut dalam masa 15 hari selepas penghakiman dibuat.

Curi Angpau Sebanyak RM10 Ribu, Anak Kembar Bertindak Untuk Saman Bapa
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel menarik untuk anda baca. Lihat pautan di bawah:

Mentua Tolak Rawatan Doktor, Bayi 2 Bulan Meninggal Dipercayai Akibat Diberi Minum Jamu Tradisional
Bonus Dah Masuk, Ini Cara Untuk Anda Urus Kewangan Anda Dengan Mudah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laluan Sama Dengan ART, Dua Jalan Dari Gedong Ke Serian, Samarahan Bakal Siap Dalam Tempoh 4 Tahun
Next Article Tak Dibenarkan Sapu Rumah, Ini 5 Pantang Larang Tentang Tahun Baru Cina Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tak Dibenarkan Sapu Rumah, Ini 5 Pantang Larang Tentang Tahun Baru Cina Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?