• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cubaan Curi Besi Di Tapak Pembinaan ART Pending, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan

Oleh
Nazihah AN
8 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Cubaan Curi Besi Di Tapak Pembinaan ART Pending, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan

Pencuri Besi di Tapak Projek ART Jalan Pending Dijatuhi Hukuman Penjara

Cubaan Curi Besi Di Tapak Pembinaan ART Pending, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan. Seorang lelaki berusia 40 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah didapati cuba mencuri batang besi di tapak pembinaan Transit Rapid Autonomi (ART) di sini.

Dipetik dari The Borneo Post, hukuman tersebut dikenakan oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali terhadap Abdul Haffiz Abdul Karim, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama. Mengikut Seksyen tersebut, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Cubaan Curi Besi Di Tapak Pembinaan ART Pending, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan

Suspek kelihatan sedang berlegar-legar di kawasan tersebut

Suspek didapati melakukan kesalahan itu pada 4 November sekitar jam 9 pagi di tapak projek ART berhampiran lampu isyarat Jalan Pending. Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan wakil kontraktor yang bertanggungjawab mengawasi kawasan tersebut telah mengesan suspek berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di tapak pembinaan. Lelaki itu juga dilihat sedang memotong batang besi yang diperuntukkan untuk projek tersebut.

Menurut pengadu, suspek pernah dilihat berada di kawasan berkenaan beberapa kali sebelum ini. Pengadu kemudiannya berjaya menangkap suspek dan membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut. Polis kemudian menahan suspek dan merampas beberapa peralatan miliknya, termasuk gergaji besi dan pemotong dawai yang dipercayai digunakan untuk memotong besi di tapak pembinaan itu.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh ASP Arman Ibrahim, manakala suspek tidak diwakili oleh peguam.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Ini 6 Senarai Jambatan Baharu Di Sarawak Dan Tarikh Siap
[VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen [VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen
Next Article Pop-Up Market Di Arqum Tent Majma Mall Pamer Pelbagai Jualan Dan Pilihan Bundle

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?