• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
8 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
[VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen

Kejadian penampakan rare ini dirakam di Semporna

[VIDEO] Penampakan Rare White Manta Ray Di Sabah Tarik Perhatian Netizen. Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seekor White Manta Ray gergasi yang muncul di perairan Semporna, Sabah. Video tersebut dirakam oleh @noorfairoz_ dan telah menarik perhatian ramai di Tiktok dan Facebook.

Pemandangan menakjubkan ini berjaya menarik ribuan komen dan reaksi daripada netizen yang kagum dengan keindahan haiwan tersebut.

Kenapa ia dikatakan haiwan yang Rare?

White Manta Ray atau pari manta putih ini adalah sejenis pari laut yang jarang sekali ditemui. Pari manta terkenal dengan saiznya yang besar serta cara berenangnya yang anggun di dasar laut. Namun, apa yang menjadikan White Manta Ray ini sangat istimewa adalah warna putih pada tubuhnya yang unik dan keunikan habitatnya yang terpencil.

White Manta Ray adalah varian warna yang jarang ditemui daripada spesies manta ray. Menurut Marine Megafauna Foundation, manta ray mempunyai dua spesies utama, iaitu Manta birostris (manta ray gergasi atau oceanic manta ray) dan Manta alfredi (reef manta ray). Kedua-dua spesies ini biasanya berwarna hitam, kelabu, atau bercampur putih dan hitam. Namun, white manta ray adalah varian yang sangat langka dan dipercayai terbentuk akibat mutasi genetik atau adaptasi ekologi tertentu kenapa White Manta Ray Dikatakan Rare?

  1. Kepelbagaian Warna yang Jarang Ditemui: Kebanyakan manta ray memiliki warna gelap pada tubuh mereka. Warna putih atau pucat pada manta ray dipercayai berlaku akibat leucism, satu keadaan di mana haiwan kekurangan pigmentasi warna gelap. Situasi ini jarang berlaku dan menjadikan White Manta Ray antara penemuan yang luar biasa .
  2. Populasi yang Terhad: Menurut kajian oleh IUCN Red List, kedua-dua spesies manta ray disenaraikan sebagai terancam kerana jumlah populasinya semakin berkurangan akibat faktor seperti pencemaran laut, perburuan, dan perubahan iklim .
  3. Kedalamanan Habitat: Manta ray, khususnya spesies gergasi (oceanic manta ray), sering ditemui di perairan dalam dan terpencil. Mereka menghuni kawasan laut yang bersih dan kaya dengan sumber makanan seperti plankton, dan hanya dapat ditemui oleh penyelam atau pelancong yang bernasib baik .
@noorfairoz_ another lucky day 🔥 #semporna #scubadiving #sabahmalaysia #oceanicmantaray#fy #fyp ♬ So Cute – Kim Sung Hwan
@wegotravelsemporna HAIWAN APA NI!!!! 😍 Credit: @noorfairoz_ ♬ suara asli – KHARIS SOPAN

Sejurus videat naik, ramai yang berkongsi rasa kagum dan rasa syukur kerana berpeluang menyaksikan keindahan alam yang sukar ditemui ini. Ada juga yang menzahirkan harapan agar lebih banyak langkah konservasi diambil bagi melindungi hidupan laut unik ini supaya generasi akan datang turut berpeluang melihatnya. Penampakan White Manta Ray ini sememangnya memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar kita.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Hidung Besar Dan Sangat Rare, Ketahui Monyet Bangkatan Yang Hanya Ada Di Pulau Borneo
Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Lelaki 44 Tahun Didakwa Rogol Remaja 14 Tahun
Next Article Cubaan Curi Besi Di Tapak Pembinaan ART Pending, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan Cubaan Curi Besi Di Tapak Pembinaan ART Pending, Lelaki Ini Dipenjara 6 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?