• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Bir Dari Kedai Makanan Laut Di Kuching, Penganggur Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Minggu

Oleh
Husna Hazmi
3 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Selain bir, tertuduh juga telah mencuri beberapa barangan lain.

Curi Bir Dari Kedai Makanan Laut Di Kuching, Penganggur Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Minggu. Dilporkan bahawa, seorang penganggur lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret Kuching, hari ini kerana mencuri barangan dari kedai makanan laut. Kejadian berlaku pada bulan Mei lalu dan barangan yang telah dicuri adalah bir, telefon pintar, jagung tin dan air minuman.

Curi Bir Dari Kedai Makanan Laut Di Kuching, Penganggur Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Minggu
Curi Bir Dari Kedai Makanan Laut Di Kuching, Penganggur Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Minggu

Dikenakan denda RM3,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga menetapkan tertuduh, Tay Choon Nguan yang berusia 29 tahun untuk dikenakan denda RM3,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.  

Tertuduh telah mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh diperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki tersebut bersama-sama rakannya, Indraniker Sasus yang berusia 31 tahun didakwa mencuri dua buah telefon pintar, lima tin bir, satu botol air minuman dan empat unit jagung dalam tin. 

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh tertuduh pada 16 Mei lalu, pada jam lebih kurang 10.43 malam di sebuah restoran makanan laut yang terletak di Jalan Stampin Barat, Kuching.

Curi Bir Dari Kedai Makanan Laut Di Kuching, Penganggur Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Minggu

Nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM550

Berdasarkan keterangan kes, dua hari selepas kejadian tersebut, pekerja restoran yang membuka kedai menyedari beberapa barangan di premis tersebut hilang dan setelah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh dan rakannya masuk ke restoran dan mencuri barangan tersebut. Nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM550. 

Sebelum hukuman dijatuhkan kepada tertuduh, dia telah merayu agar hukuman penjara dan denda dikurangkan atas alasan dia mempunyai dua orang anak dan seorang ibu yang perlu ditanggung. 

Dalam masa yang sama, tertuduh Indraniker yang terlibat sama dalam kes berkenaan dilaporkan gagal hadir ke mahkamah hari ini untuk sebutan kes. Oleh itu, Majistret Syarifah memerintahkan waran tangkap ke atas Indraniker dan mengarahkannya untuk dibawa ke mahkamah semula pada 9 Ogos. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh yang berasal dari Engkilili itu tidak diwakili peguam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilang 2 Bulan Tanpa Jejak, Misteri Kehilangan Askar Ini Selepas Pergi Bercuti Jadi Tanda Tanya
Next Article Semua Daerah Di Sarawak Masuk Fasa 3 PPN Kecuali Zon Selatan (Kuching Hingga Simunjan) Semua Daerah Di Sarawak Masuk Fasa 3 PPN Kecuali Zon Selatan (Kuching Hingga Simunjan)

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?