• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Curi Kabel Elektrik, Lelaki Kritikal Melecur Di Kota Kinabalu

Oleh
Aina Musa
2 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Curi Kabel Elektrik, Lelaki Kritikal Melecur Di Kota Kinabalu

Melecur terkena renjatan elektrik

Padah Curi Kabel Elektrik, Lelaki Kritikal Melecur Di Kota Kinabalu. Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di sini, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 30-an melecur pada bahagian muka, leher, bahu dan lengan kanan.

Padah Curi Kabel Elektrik, Lelaki Kritikal Melecur Di Kota Kinabalu. Sumber: Harian Metro

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, tindakan suspek itu bukan saja mencederakan diri sendiri tetapi turut menyebabkan seluruh kampung tersebut terputus bekalan elektrik.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh penduduk kampung selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum bekalan elektrik terputus.

Selepas itu, penduduk kampung terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari tepi jalan sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan keadaan kulit muka ada kesan terbakar.

“Dalam kejadian itu, suspek disyaki terkena renjatan elektrik ketika cubaan mencuri kabel di pencawang SESB yang berada di kawasan berhampiran.

“Seorang lagi rakannya turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kalsom berkata lagi, suspek yang melecur kemudian dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut oleh ahli keluarganya sendiri.

“Selain itu terdapat luka di bahagian kening kiri dan matanya bengkak serta tidak dapat dibuka,” katanya.

Kalsom berkata, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan mencuri kabel elektrik yang bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga ia adalah perbuatan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah.

Baca lagi artikel menarik:

Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok
Bekas Anggota Polis Seludup Tiga Warga Indonesia Di Betong Dipenjara Dua Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok
Next Article Ini 6 Kedai Menjual Bahan Kek Di Kuching Sempena Musim Perayaan Ini Ini 6 Kedai Menjual Bahan Kek Di Kuching Sempena Musim Perayaan Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?