• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok

Oleh
Farisha
1 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Serangan molotov cocktail ke atas KK Mart di Jalan Satok, Kuching

Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok. Polis di Kuching sedang memburu seorang suspek yang terlibat dalam melontar bom molotov ke kedai KK Mart di Jalan Satok.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah mengesahkan bahawa laporan mengenai insiden tersebut telah dibuat pada hari Ahad.

Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok
Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok. Sumber: FMT

“Polis menerima laporan daripada seorang pekerja kedai berusia 25 tahun, yang melaporkan bahawa bom molotov telah menyebabkan kotak-kotak minuman yang diletakkan di laluan kaki lima di hadapan kedai itu terbakar,” katanya menurut sumber.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kerosakan dengan api atau bahan letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Hukuman penjara 7 tahun atau denda

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Beliau turut berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ceremona Nasim di 013-8554168 atau mendapatkan bantuan dari balai polis berhampiran.

Ahsmon juga menyeru orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan undang-undang dan memberi ruang kepada proses perundangan yang sedia ada.

Kontroversi isu stokin ‘Allah’ baru-baru ini yang melibatkan KK Mart telah mengakibatkan gesaan untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka itu.

Cubaan serangan bom molotov di outlet KK Mart Bidor, Perak dan KK Mart, Kuantan

Awal pagi Sabtu, sebuah outlet KK Mart di Kuantan, Pahang dilaporkan telah diledakkan dengan bom molotov. Ini selepas cubaan gagal untuk melakukan letupan di sebuah outlet lain di Bidor, Perak awal minggu lalu.

Susulan insiden di Kuantan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai agar tidak bertindak mengambil tindakan sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf
Parti Bumi Kenyalang Sarawak Desak Kerajaan Negeri Bela Jenama Tempatan KK Mart
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lengkap Dengan Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal, Jalan Utama Di Sri Aman Bakal Dinaik Taraf Lengkap Dengan Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal, Jalan Utama Di Sri Aman Bakal Dinaik Taraf
Next Article Padah Curi Kabel Elektrik, Lelaki Kritikal Melecur Di Kota Kinabalu Padah Curi Kabel Elektrik, Lelaki Kritikal Melecur Di Kota Kinabalu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?