• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
11 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching

Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan

Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching. Dilaporkan bahawa, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan terhadap seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam pantri Klinik Kesihatan Jalan Masjid.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali telah menjatuhkan hukuman ke atas Mohammad Azlie Hamzamie, 31 tahun, mengaku bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 448 Kanun Keseksaan semalam. Seksyen berkenaan memperuntukan hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Menurut pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa menceroboh ke pantri Klinik Tibi, Klinik Kesihatan untuk mencuri tin biskut, mi segera, cerek elektrik dan beberapa sachet minuman segera pada 13 Ogos sekitar 4.30 pagi.

Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching
Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching

Dawai pagar di bahagian belakang klinik telah dipotong

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu memberikan keterangan berkenaan kes tersebut, mendapati bahawa dawai pagar di bahagian belakang klinik telah dipotong. Setelah pemeriksaan dilakukan, pengawal tersebut mendapati jeriji pantri terbuka, selain ternampak tertuduh menggeledah barangan di dalam di dalam pantri tersebut.

Sehubungan itu juga, barangan berkenaan serta beberapa barangan milik tertuduh seperti playar, pemutar skru dan pisau pemotong kertas turut dirampas sebagai bahan bukti. Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad mengadili kes itu, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia
Next Article Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Dibenarkan Dine-In Di Kedai Makan Mulai Hari Ini Di Sabah Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Dibenarkan Dine-In Di Kedai Makan Mulai Hari Ini Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?