• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
11 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Syukur, dah bolehlah balik kampung halaman ni!

Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia. Sedar tak sedar, sudah hampir 2 tahun kita melalui pandemik Covid-19. Ramai yang tak boleh balik ke kampung halaman lagikan bercuti? Kini, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dan perkara ini amatlah dinanti-nantikan oleh semua orang.

Isi Isi Penting
  • Syukur, dah bolehlah balik kampung halaman ni!
  • Sempena pembukaan semula perjalanan domestik berkuatkuasa 11 Oktober
  • Kadar tambang rendah ditawarkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur
  • MAS Airlines juga turut pantas menawarkan tambang penerbangan domestik
Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia
Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia

Sempena pembukaan semula perjalanan domestik berkuatkuasa 11 Oktober

Sempena pembukaan semula perjalanan domestik yang berkuatkuasa 11 Oktober hari ini, Air Asia telah membuat promosi di mana pelanggan boleh menikmati kadar tiket penerbangan pada harga yang sangat rendah! Air Asia telah mengendalikan sebanyak 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik di seluruh Malaysia.

Sebagai permulaan, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi (63 kali seminggu), Alor Setar (10 kali seminggu ), Kota Kinabalu (35 kali seminggu ), Bintulu (2 kali seminggu ), Kuching (10 kali seminggu ), Labuan (14 kali seminggu ), Miri (4 kali seminggu ), Penang (21 kali seminggu ), Sibu (2 kali seminggu ), Sandakan (21 kali seminggu ), Johor Bahru (10 kali seminggu ), Kuala Terengganu (28 kali seminggu ), Tawau (28 kali seminggu ) and Kota Bharu (35 kali seminggu ). Lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah seiring dengan peningkatan permintaan perjalanan ke negeri masing-masing.

Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia

Kadar tambang rendah ditawarkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur

Kadar tambang rendah tiada tandingan ditawarkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu dari hanya RM12 sehala. Penerbangan sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 17 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan. Pemegang kad BigPay dan Hong Leong Bank Airasia juga boleh menempah lebih awal dari jam 10:00 pagi pada 10 Oktober 2021. Tempoh promosi adalah daripada sekarang hingga 17 Oktober 2021 tau!

Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia

MAS Airlines juga turut pantas menawarkan tambang penerbangan domestik

Sebuah lagi syarikat penerbangan terkemuka Malaysia, MAS Airlines juga turut pantas menawarkan tambang penerbangan domestik semurah RM59 sehala! Mana tak gempak kan macam tu? Sama ada perjalanan balik ke kampung halaman atau perjalanan melancong ke tempat kegemaran anda, kini anda boleh menikmati tambang penerbangan yang rendah dengan MAS Airlines.

Penerbangan di dalam negeri bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, MAS menawar harga serendah RM59 sahaja bagi penerbangan sehala. Bagi Kota Kibabalu ke Kuching dan Kuching ke Miri, tambang adalah serendah RM79 sehala. Anda boleh menempah tiket penerbangan MAS ini di pautan https://invol.co/cl6n0n3.

MAS juga kini telah menambah lebih banyak lagi kekerapan penerbangan domestik setiap hari! Anda boleh mulai menempah dari sekarang hingga 31 Oktober 2021 ini tau. Tempah sekarang dan nikmati harga tiket penerbangan yang murah di Air Asia dan juga MAS Airlines.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Bar Menarik Di Kota Kinabalu Yang Anda Boleh Lawati Untuk Bersantai
Next Article Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching Curi Makanan Di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Lelaki Ini Dipenjara 3 Bulan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?