• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Tin Susu Sorok Celah Kaki, Wanita Dipenjara 4 Bulan Di Sabah

Oleh
Farisha
21 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Wanita tak berdokumen dipenjara 4 bulan, sembunyi produk antara kaki untuk curi barang

Curi Tin Susu Sorok Celah Kaki, Wanita Dipenjara 4 Bulan Di Sabah. Seorang wanita tanpa dokumen, Nor Raidah Hasnani Musa, 36, dihukum penjara selama empat bulan selepas mengaku bersalah mencuri produk suplemen pemakanan dari beberapa farmasi di Sabah. Taktiknya? Sembunyi tin-tin susu di celah kakinya.

Raidah, yang ditangkap pada 14 Disember, melakukan jenayah ini antara 25 Oktober hingga 13 Disember tahun ini. Dia mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin dan dikenakan hukuman penjara sebulan bagi setiap tuduhan. Namun, berita “baik” untuknya, hukuman ini dijalankan serentak.

Curi Tin Susu Sorok Celah Kaki, Wanita Dipenjara 4 Bulan Di Sabah
Curi Tin Susu Sorok Celah Kaki, Wanita Dipenjara 4 Bulan Di Sabah. Gambar sekadar hiasan

Selepas tamat hukuman, Raidah akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen kerana statusnya sebagai individu tanpa dokumen, menurut laporan media tempatan.

Tuduhan-Tuduhan Raidah

Berikut adalah senarai jenayah yang dilakukan Raidah:

  1. 25 Oktober: Mencuri 10 tin produk bernilai RM1,020 di Sunlight Pharmacy, Kg Air, pada pukul 5.30 petang.
  2. 9 Disember: Mencuri dua tin susu Ensure Gold bernilai RM238 di Public Medicare Group Farmasi, Inanam, pada pukul 5.40 petang.
  3. 11 Disember: Mencuri barangan penjagaan diri bernilai RM589.70 di Orange Convenient Store, Taman Taitet, Keramat, pada pukul 6.20 petang.
  4. 13 Disember: Mencuri dua tin susu Ensure Gold bernilai RM238 di Public Medicare Group Pharmacy, pada pukul 4.03 petang.

Modus Operandi “Kreatif” Raidah

Menurut siasatan polis, Raidah menggunakan taktik membawa anak-anaknya ke premis untuk mengalihkan perhatian staf. Dia akan menyembunyikan tin susu di celah kakinya sebelum berjalan keluar tanpa membayar. 😧 Dalam satu kes, CCTV menunjukkan Raidah memasukkan barangan penjagaan diri ke dalam beg kecilnya.

Lebih mengejutkan, Raidah mengaku menjual tin-tin susu yang dicuri pada harga RM10 setiap satu kepada pejalan kaki di kawasan Safma.

Raidah, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan. Namun, Inspektor Alia Nuurlysa Adnan menegaskan pentingnya hukuman setimpal dan meminta Raidah dirujuk kepada pihak imigresen.

Di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Raidah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Berkelakuan Mencurigakan Di Kawasan Sebuah Universiti, Dua Lelaki Dicekup Polis Di Samarahan
Dua Lelaki Mencurigakan Dikesan Di Kuching, Orang Awam Dinasihati Berwaspada

SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Parkir OKU Bukan Untuk Semua Pemegang Kad OKU, Individu Ini Jelaskan Kekeliruan Ramai
Next Article Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?