• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh

Oleh
Husna Hazmi
21 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Syarikat bas diwajibkan sedia pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh

Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh. Dilaporkan, demi memastikan keselamatan penumpang terutamanya pada musim perayaan, semua syarikat bas di Sarawak kini diwajibkan menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh. Langkah ini bukan sekadar peraturan, tetapi juga langkah pencegahan kemalangan jalan raya yang kerap berlaku ketika musim cuti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menegaskan bahawa bas yang gagal menyediakan pemandu kedua tidak akan dibenarkan meneruskan perjalanan.

Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh
Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh. Gambar sekadar hiasan

Beliau berkata, pemandu kedua adalah wajib, terutama bagi perjalanan jauh. Jika tiada pemandu kedua, perjalanan bas tersebut tidak akan diluluskan. Pihak beliau juga akan menempatkan pegawai menyamar dalam bas untuk memastikan pemandu tidak lalai seperti menggunakan telefon bimbit dan untuk memastikan mereka bergilir mengikut jarak tertentu.

Hasbi menambah bahawa tindakan segera akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu atau syarikat bas yang melanggar peraturan ini.

Beliau turut mengingatkan pengusaha bas di Sarawak untuk memantau pemandu mereka dengan lebih teliti, termasuk memastikan mereka bebas daripada dadah dan bahan terlarang.

Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh

“Bas perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, bukan hanya pada musim perayaan. Pemeriksaan teknikal dan kesediaan pemandu adalah kunci kepada keselamatan penumpang,” jelasnya.

Program ini adalah sebahagian daripada Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama PDRM, AADK, dan LPKP. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya sambil memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selamat untuk semua.

Walaupun kempen ini bersifat mendidik, Hasbi menekankan bahawa JPJ tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) terhadap pesalah trafik.

Unit operasi JPJ Sarawak kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas bas di terminal utama seperti di Kuching, Sibu, dan Miri. Fokus mereka termasuk pemeriksaan teknikal kenderaan pengangkutan awam bagi memastikan keselamatan penumpang sebelum berlepas.

“Setakat ini, tiada pemandu bas di Kuching Sentral didapati positif dadah,” ujar Hasbi.

Beliau turut berpuas hati dengan keberkesanan kiosk tiket yang disediakan di terminal bas. Kiosk ini membantu mempercepatkan proses pembelian tiket dan mengurangkan kesesakan di kaunter.

Tingkat Langkah Keselamatan, Pemandu Kedua Bas Kini Diwajibkan Untuk Perjalanan Jarak Jauh
Sumber gambar: Utusan Sarawak

Mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya

Kempen ini juga selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50% menjelang tahun 2030.

Hasbi menggalakkan orang ramai untuk melaporkan pelanggaran peraturan jalan raya, termasuk amalan berbahaya seperti membuat pusingan U haram di lokasi tertentu. Aduan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan MyJPJ atau e-mel di [email protected].

Langkah ini diharap dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan perjalanan semasa musim perayaan, menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna.

Lagi perkebangan terkini di Sarawak di sini:

JPA Perjelas Tiada Paksaan Cuma Galakan Terhadap Penjawat Awam Punyai BMI Sihat
Ini Senarai Hotel Tawar Buffet Krismas 2024 Dan Tahun Baru 2025 Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Curi Tin Susu Sorok Celah Kaki, Wanita Dipenjara 4 Bulan Di Sabah
Next Article Gangguan Elektrik Besar-Besaran Di Sarawak Cetus Kerisauan, Ahli Parlimen Stampin Mohon Penjelasan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?