• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Wang Gelandangan Warga Emas, Dua Lelaki Dipenjara Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
8 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa merupakan penghuni sebuah pusat gelandangan di Sibu.

Curi Wang Gelandangan Warga Emas, Dua Lelaki Dipenjara Di Sibu. Gelandangan bermaksud orang yang tidak mempunyai tempat tinggal atau rumah. Orang yang tinggal di pusat gelandangan ini orang yang tidak memiliki tempat kediaman mereka sendiri.

Namun apa yang anehnya pada hari ini, Mahkamah Majistret Sibu telah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam bulan kepada dua lelaki yang telah mengaku kesalahan mencuri wang milik seorang penghuni gelandangan di Jalan Sanyan.

Curi Wang Gelandangan Warga Emas, Dua Lelaki Dipenjara Di Sibu
Curi Wang Gelandangan Warga Emas, Dua Lelaki Dipenjara Di Sibu

Tertuduh mencuri wang RM 1,800

Tertuduh Pantau Chang, berusia 30 tahun, dan Bilong Jik, berusia 37 tahun, telah diarahkan oleh Majistret Oon Kork Chern untuk menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh mereka ditahan iaitu 2 Februari 2023.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama mencuri wang RM1,800 milik mangsa, yang berusia 76 tahun, pada 2 Februari 2023, kira-kira jam 7 malam di pusat transit gelandangan di Jalan Sanyan.

Oleh itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Seksyen 379 ini memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Curi Wang Gelandangan Warga Emas, Dua Lelaki Dipenjara Di Sibu

Penjaga pusat transit gelandangan lapor polis

Menurut fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah mengadu kepada penjaga pusat transit bahawa wang RM1,800 miliknya telah dicuri oleh orang yang tidak dikenali.

Perkara ini kemudiannya diketahui oleh penjaga pusat gelandangan lalu laporan polis dibuat dan kedua-dua tertuduh mengaku telah mencuri wang berkenaan.

Kes kecurian itu turut disaksikan seorang penghuni yang lain, di mana kedua-dua tertuduh telah membuka beg milik mangsa yang diletakkan di hujung katil semasa mangsa pergi ke bilik mandi.   

Baca selanjutnya di pautan Instastory kami:

Cuma Satu Bank Sahaja, Warga Batu Niah Berang Hampir Kesemua ATM Di Bank Ini Tiada Wang
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Lato-Lato' Kini Permainan Paling Popular, Ketahui 3 Permainan Yang Pernah Trending Sebelum Ini ‘Lato-Lato’ Kini Permainan Paling Popular, Ketahui 3 Permainan Yang Pernah Trending Sebelum Ini
Next Article Kes Pembunuhan Pemandu E-Hailing Di Sabah, 6 Individu Termasuk Polis Dihadap Ke Mahkamah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?