• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Pembunuhan Pemandu E-Hailing Di Sabah, 6 Individu Termasuk Polis Dihadap Ke Mahkamah

Oleh
Husna Hazmi
9 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh didakwa membunuh pemandu e-hailing di Tawau.

Kes Pembunuhan Pemandu E-Hailing Di Sabah, 6 Individu Termasuk Polis Dihadap Ke Mahkamah. Dilaporkan 6 individu termasuk anggota dan pegawai polis dituduh membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah semalam.

Tertuduh Rosdi Rastam, berusia 44 tahun, Dennis Anak Enit, berusia 44 tahun, Fabian Anak Rungam, berusia 43 tahun,  Khairul Azman Bakar, berusia 47 tahun, Mohd Azlan Sakaran, berusia 39 tahun, dan seorang orang awam Vivien Fabian, berusia 34 tahun telah didakwa membunuh Nurman Bakaratu, yang berusia 61 tahun, di Ladang Kelapa Sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 Tawau.

Kes Pembunuhan Pemandu E-Hailing Di Sabah, 6 Individu Termasuk Polis Dihadap Ke Mahkamah
Kes Pembunuhan Pemandu E-Hailing Di Sabah, 6 Individu Termasuk Polis Dihadap Ke Mahkamah. Kredit foto: Astro Awani

Jenayah dilakukan pada 13 Januari 2023

Menurut pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan jenayah tersebut pada 13 Januari 2023 antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam.

Oleh itu, kesemua suspek telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, memperuntukan hukuman mati.

Dalam masa yang sama seorang pegawai kanan polis, Datuk Mat Zaki Md Zain, yang berusia 58 tahun juga turut didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan bersubahat dengan Rosdi untuk membunuh mangsa pada hari, masa dan lokasi yang sama.

Suspek didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Kes Pembunuhan Pemandu E-Hailing Di Sabah, 6 Individu Termasuk Polis Dihadap Ke Mahkamah

Setakat ini tiada pengakuan yang direkodkan

Namun begitu, tiada pengakuan telah direkodkan di hadapan Majistret Dzul Elmi Yunus manakala pendakwaan pula diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.

Tertuduh Rosdi diwakili peguam Timothy Daud dan Kamarudin Chengki, manakala tiga peguam Chen Wen Jye, Ram Singh, Kimberly Ye mewakili Khairul Azman.

Kes disebut semula pada 11 April 2023. Mahkamah turut menetapkan semua tertuduh kini tidak ditawarkan ikat jamin.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Pertengkaran Antara Pasangan Bertukar Tragedi, Anggota Tentera Maut Ditikam Isteri Di Kuching
Dipercayai Mati Akibat Ditembak, Tiga Anggota TUDM Di Samarahan Dibunuh
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Curi Wang Gelandangan Warga Emas, Dua Lelaki Dipenjara Di Sibu
Next Article Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?