• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cuti Hujung Minggu Johor Kembali Ke Sabtu Dan Ahad Mulai 2025

Oleh
Nazihah AN
7 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Cuti Hujung Minggu Johor Kembali Ke Sabtu Dan Ahad Mulai 2025

Johor Kembali ke Cuti Hujung Minggu Sabtu dan Ahad Mulai 2025

Cuti Hujung Minggu Johor Kembali Ke Sabtu Dan Ahad Mulai 2025. Mulai 1 Januari 2025, negeri Johor akan mengubah semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad. Pengumuman ini dibuat oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang menyatakan bahawa baginda telah menitahkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk dibincangkan secara terperinci.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, keputusan tersebut telah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim, serta restu daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu, pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut diambil kira sebelum membuat keputusan rasmi.

Cuti Hujung Minggu Johor Kembali Ke Sabtu Dan Ahad Mulai 2025
Gambar: Malaysia Gazette

Titah Tunku Mahkota Ismail

Dalam titahnya, Tunku Mahkota Ismail menyatakan harapan agar syarikat swasta dan pihak kerajaan memberi kelonggaran kepada pekerja Muslim untuk menunaikan solat Jumaat tanpa kekangan waktu. Baginda juga telah mengarahkan Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor untuk meneliti keputusan ini dari pelbagai sudut.

Perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad ini menandakan satu lagi fasa baharu selepas Johor pernah beralih kepada cuti Jumaat dan Sabtu pada tahun 2014 atas titah Sultan Ibrahim, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat yang dianggap sebagai penghulu segala hari dalam agama Islam. Sebelum tahun 2014, cuti Jumaat-Sabtu sudah menjadi amalan lama di Johor, bermula sejak zaman Negeri Melayu Tidak Bersekutu, tetapi ditukar kepada Sabtu-Ahad pada tahun 1994 semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar.

Dengan keputusan terbaru ini, rakyat Johor akan sekali lagi menikmati cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad, selaras dengan kebanyakan negeri lain di Malaysia, bermula tahun hadapan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Takut Dimarahi Isteri, Lelaki Samarahan Ini Ditahan Gara-Gara Buat Laporan Palsu
Lagu ‘Jambatan Tamparuli’ Berkumandang Di Pembukaan Festival Gyeryong Korea Curi Tumpuan Netizen

SUMBER :Malaysia Gazette
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Takut Dimarahi Isteri, Lelaki Samarahan Ini Ditahan Gara-Gara Buat Laporan Palsu Takut Dimarahi Isteri, Lelaki Samarahan Ini Ditahan Gara-Gara Buat Laporan Palsu
Next Article Kemalangan Di Lebuhraya Samarahan-Kuching, Pemandu Agresif Ditahan Selepas Acukan Pisau Kepada Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?