• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Dah Sebati Dalam Badan’, Individu Terkejut Selama Ini Makan Suhun Tidak Halal

Oleh
Farisha
3 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Individu baru dapat tahu suhun kegemarannya dijual di bahagian ‘non-halal’

Dah Sebati Dalam Badan, Individu Terkejut Selama Ini Makan Suhun Tidak Halal. Satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik mengenai suhun dijual bahagian ‘non-halal’ di sebuah pasaraya, Kuching.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, individu itu menyatakan bahawa dirinya terkejut kerana mengetahui suhun tersebut adalah tidak halal.

“Baru tahu suhun ni non-halal. Selama ni memang masak guna suhun ni, campurkan dalam masakan,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Dah Sebati Dalam Badan, Individu Terkejut Selama Ini Makan Suhun Tidak Halal
Gambar hiasan. Sumber: oneworld

Dalam pada itu, dia turut berkata, sesetengah pasaraya masih meletakkan suhun itu di bahagian halal, jadi dia menasihatkan supaya berhati-hati membeli makanan yang tidak halal.

“Ada sesetengah mall masih jual di tempat halal, harap lepas ni tak kena benda macam ni lagi, makan makanan tidak halal,” ujarnya lagi sambil kecewa mengetahui suhun tersebut adalah tidak halal.

Reaksi netizen juga terkejut, malah segelintir mempersoalkan perkara tersebut

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut, bahkan ada yang mengatakan bahawa mereka makan suhun itu sejak kecil lagi.

Dah Sebati Dalam Badan, Individu Terkejut Selama Ini Makan Suhun Tidak Halal
Sumber: facebook

“Dari kecil makan mi suhun ni, berpuluh tahun dan baru sekarang tiba-tiba non-halal hmm,” ujar salah seorang pengguna media sosial di laman Facebook itu.

Sementara itu, ada juga netizen berkata perkara yang serius ini perlu diperiksa oleh pihak berkuasa untuk mengesahkan suhun berkenaan halal atau tidak.

Netizen mohon pihak berkuasa bagi pencerahan mengenai perkara ini

“Tolong sahkan kenapa suhun ini tidak halal, sebab ni perkara yang serius. Apa sebab tidak halal, memandangkan sudah berkilo-kilo suhun ditelan.

Dah Sebati Dalam Badan, Individu Terkejut Selama Ini Makan Suhun Tidak Halal

“Jakim mohon pencerahan demi kemaslahatan umat islam,” kata lagi seorang netizen turut memberi pendapatnya mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengatakan suhun tersebut tidak halal.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelbagai Jenis Makanan, Ini Adalah Antara Makanan Halal Dan Non-Halal Di Kuching Food Fest
[NON-HALAL] Hidangan Minuman Popular, Ini Resipi Mudah Air Calamansi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching
Next Article Jadi Impian Gen Z, Universiti Ini Tawar Ijazah Jadi Influencer Yang Pertama Di Dunia Jadi Impian Gen Z, Universiti Ini Tawar Ijazah Jadi Influencer Yang Pertama Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?