• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat ‘Cerita’ Palsu

Oleh
Aina Musa
11 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat 'Cerita' Palsu

‘Beras tulen, bukan plastik’

Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat ‘Cerita‘ Palsu. Individu yang menyebarkan video mendakwa penjualan beras plastik akhirnya tampil memohon maaf menerusi satu video yang dikongsikan dalam Facebook rasmi Sazarice Sdn Bhd pada Selasa.

Dalam video berdurasi satu minit 19 saat itu, lelaki berkenaan memohon maaf kerana menyebarkan video yang tidak benar mengenai beras plastik.

Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat 'Cerita' Palsu
Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat ‘Cerita’ Palsu. Kredit:

“Saya dengan ini memohon maaf kepada yang telah melihat video saya yang menyebarkan beras plastik itu dan saya meminta maaf kepada pihak Sazarice dan semua company yang telah kecil hati dengan kata-kata saya itu.

“Sebenarnya itu tidak betul. Saya mohon maaf kepada semua yang telah melihat video saya. Kepada sesiapa sahaja yang telah kecil hati kepada saya sampaikan tidak beli beras itu, saya mohon maaf sebenarnya itu tidak betul, itu sebenarnya beras asli. Mungkin silap saya juga, saya mohon maaf kepada semualah, syarikat Sazarice dan syarikat lain,” katanya.

Menerusi hantaran di laman Facebook itu, Sazarice Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata, penyebar isu tular beras plastik telah datang ke pejabat urusan Sazarice Sdn Bhd Cawangan Sandakan pada pagi Selasa secara sukarela dan memohon maaf atas penyebaran maklumat tidak benar di akaun media sosial beliau.

“Pihak Sazarice menyeru kepada orang ramai agar menghentikan serta-merta penyebaran video-video yang tidak benar mengenai produk-produk syarikat Sazarice.

Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat 'Cerita' Palsu

“Pihak Sazarice tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang cuba memburukkan nama baik Syarikat dan menimbulkan kegusaran awam. Terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dalam kenyataannya berkata, pihak syarikat Sazarice Sdn Bhd telah menerima permohonan maaf individu tersebut.

Bagaimanapun, Foong Hin berkata, individu itu turut diberikan peringatan tegas susulan kejadian tersebut.

Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat 'Cerita' Palsu

“Memandangkan individu tersebut menyedari dan mengakui kesilapan yang dilakukan, adalah dinasihatkan supaya tidak lagi berulang atau menyebarkan dakwaan atau tohmahan yang tidak berasas yang menimbulkan kegusaran orang awam.

“Saya faham tiada manusia yang sempurna. Yang penting, ambil tanggungjawab atas perbuatan sendiri, mohon maaf secara ikhlas sekiranya dan perbetulkan kesalahan diri sebaik-baiknya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.

Baca lagi artikel menarik:

Kaki Vape Alami Cirit Birit Dan Nafas Pendek, Kenali 9 Simptom Penyakit Evali Sebelum Terlambat
‘Kat Kuching Je Bukan KLCC’, Individu Dari Semenanjung Complaint Harga Sheraton Hotel Kuching Mahal
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diperdaya Macau Scam, 43 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Di Peru Diselamatkan
Next Article Setaraf K-pop Idol Dan Ada Vibes ‘Coachella’, Netizen Puji Persembahan Dolla Di Borneo Sonic

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?