• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa Perlu Bersihkan Nama, Pesara Kerajaan Di Miri Tertipu RM 1.19 Juta Oleh Sindiket Macau Scam

Oleh
Ismail NA
16 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Hati-hati penipuan Macau Scam.

Dakwa Perlu Bersihkan Nama, Pesara Kerajaan Di Miri Tertipu RM 1.19 Juta Oleh Sindiket Macau Scam. Malang tidak berbau, seorang pesara kerajaan di Miri dilaporkan kerugian sebanyak RM 1.19 juta akibat tertipu sindiket panggilan Macau Scam.

Isi Isi Penting
  • Hati-hati penipuan Macau Scam.
  • Sindiket Macau Scam dengan panggilan berangkai-rangkai
  • Panggilan tersebut tidak berakhir dalam masa satu hari.
  • RM 1.19 juta lesap dalam masa 5 bulan
  • Berjaga sebelum terkena, kenali tanda-tanda panggilan Macau Scam;

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superitendan Maria Rasid, apabila mereka menerima sebuah laporan polis pada 13 April 2022.

Sindiket Macau Scam dengan panggilan berangkai-rangkai

Mangsa pesara kerajaan tersebut dihubungi oleh seorang wanita pada 15 Oktober 2021 yang lalu yang memperkenalkan diri sebagai Alisya Osman. ‘Scammer’ Alisya tersebut mendakwa dirinya merupakan pegawai insurans Etiqa Takaful Malaysia di Kuala Lumpur.

Mangsa dikatakan telah membuat 4 tuntutan insurans kesihatan sewaktu mangsa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, mangsa menafikan dakwaan tersebut.

Dakwa Perlu Bersihkan Nama, Pesara Kerajaan Di Miri Tertipu RM 1.19 Juta Oleh Sindiket Macau Scam
Hospital Kuala Lumpur. Gambar hiasan.

Menjadikan situasi tersebut kedengaran meyakinkan, panggilan tersebut disambungkan kepada seorang sarjan yang bernama Mejar Sarjan Fazli Azman yang mendakwa pula dirinya dari Bahagian Siasatan Jenayah dari Balai Polis Pudu.

‘Sarjan’ tersebut memberitahu mangsa bahawa beliau perlu membersihkan nama akibat membuat tuntutan insurans palsu.

Panggilan Macau Scam tersebut kemudian terus menerus disambungkan kepada seorang lagi individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mastura, seorang ketua di Bahagian Siasatan Jenayah.

Panggilan tersebut tidak berakhir dalam masa satu hari.

Keesokan harinya, mangsa dihubungi oleh Mastura yang memaklumkan bahawa dirinya mempunyai urusan lain dan disambungkan pula kepada seorang lagi individu yang bernama Ani, seorang pegawai penyiasat dari Bukit Aman.

Mangsa diberikan nombor telefon Ani lalu menghubunginya. Semasa dihubungi oleh mangsa, scammer bernama Ani itu menyuruh mangsa membuka satu akaun bank untuk membantu siasatan polis. Setelah membuka akaun bank, mangsa dikehendaki untuk mendaftarkan akaun bank dalam talian menggunakan nombor yang diberikan oleh Ani.

Dakwa Perlu Bersihkan Nama, Pesara Kerajaan Di Miri Tertipu RM 1.19 Juta Oleh Sindiket Macau Scam
Dakwa Perlu Bersihkan Nama, Pesara Kerajaan Di Miri Tertipu RM 1.19 Juta Oleh Sindiket Macau Scam. Modus operandi sindiket Macau Scam. Sumber: BERNAMA

RM 1.19 juta lesap dalam masa 5 bulan

Mangsa kemudiannya dikehendaki untuk memindahkan kesemua simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan bank dan pinjaman tunai bernilai sehingga lebih RM 1.19 juta ke dalam akaun bank yang baru dibuka tadi.

Mangsa baru menyedari bahawa dirinya menjadi mangsa penipuan Macau Scam setelah memeriksa akaun bank nya melalui ATM di Marudi dan mendapati bahawa sejumlah RM 1.19 juta telah dipindahkan ke 9 akaun dengan nama yang tidak dikenali. Pemindahan tersebut dibuat melalui 52 transaksi dari 28 Oktober 2021 sehingga 29 Mac 2022.

Pihak polis menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sindiket Macau Scam dengan menghubungi Pusat Respon Penipuan Scam CCID di talian 03-2610 1559 atau Talian Info CCID di 013-2111222 (WhatsApp atau SMS).

Berjaga sebelum terkena, kenali tanda-tanda panggilan Macau Scam;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukan Hanya Netizen, Penduduk Kampung Turut Persoal Kos Jeti Viral RM50 Ribu Di Miri Bukan Hanya Netizen, Penduduk Kampung Turut Persoal Kos Jeti Viral RM50 Ribu Di Miri
Next Article Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?