• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18

Oleh
Ismail NA
16 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Penghantar sut perisai tersebut masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18. Seorang wanita yang menetap di Subang Jaya, Selangor kini sedang mencari jalan untuk mengembalikan semula sut perisai besi yang dipercayai milik Kesultanan Brunei pada abad ke-18.

Isi Isi Penting
  • Penghantar sut perisai tersebut masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
  • Perisai dipercayai milik Sultan Husin Kamaluddin Malik Al Dzahir, Sultan Brunei ke-16
  • Berharap pada kuasa ‘viral’ media sosial
  • Baca juga:

Raja Aini Rahman, 66 tahun, seorang pesara kerajaan telah menerima kehadiran sut perisai tersebut pada tahun 2004, ketika ia secara misteri tiba di hadapan pintu rumahnya.

Walaupun tidak mengulas dengan lebih lanjut bagaimana set tiga helai sut perisai tersebut dijaganya sehingga lebih 18 tahun, Raja Aini memberitahu bahawa beliau sudah berkali-kali berusaha untuk mengembalikan semula khazanah Kesultanan Brunei itu kepada pemilik asalnya namun sering menemui jalan buntu.

Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18. Sumber foto: Aziah Azmee via The New Straits Time

Beliau pernah berhubung dengan orang tengah untuk menyerahkan baju perisai tersebut kepada Sultan Brunei namun tiada khabar berita.

Artifak tersebut dijaga dengan rapi oleh Raja Aini namun sehingga ke hari ini, tiada pihak dari pemerintahan Sultan Brunei ke-29, Sultan Hassanal Bolkiah, tampil untuk menuntut baju perisai itu.

Perisai dipercayai milik Sultan Husin Kamaluddin Malik Al Dzahir, Sultan Brunei ke-16

Jelas Raja Aini, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, beliau hanya mahu mengembalikan khazanah ini kepada mereka dan mesti memulangkannya kembali.

Baju perisai besi tersebut adalah milik KDYMM Sultan Husin Kamaluddin Malik Al Dzahir, Sultan Brunei yang ke 16. Baginda pernah memerintah sebanyak 2 kali iaitu dari tahun 1710 hingga 1730, dan kali kedua pada tahun 1737 hingga 1740.

Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18
Sumber foto: FB Bru-Numismatic & Antique Collections
Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18
Sumber foto: FB Bru-Numismatic & Antique Collections
Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18
Sumber foto: FB Bru-Numismatic & Antique Collections

Tambah Raja Aini lagi, sut perisai tersebut telah disahkan tulen oleh Muzium Negara pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, jurucakap Muzium Negara memberitahu pemberita bahawa mereka hanya melakukan proses identifikasi dan pengecaman namun tidak pernah mengesahkan ketulenan perisai tersebut.

Melalui dokumen yang dikeluarkan oleh Muzium Negara yang turut disimpan oleh Raja Aini, motif-motif pada baju perisai tersebut terutamanya motif bunga air melambangkan keagungan perisai tersebut, selari dengan keagungan kerajaan Melayu Brunei Darussalam.

Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18
Sumber foto: IG belle.mielan
Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18
Sumber foto: FB Bru-Numismatic & Antique Collections

Pada tahun 2007 pula, satu delegasi pakar dalam bidang sejarah, manuskrip Jawi, barang kemas dan persenjataan dari negara Brunei sendiri yang diketuai oleh Pehin Jamil telah mengesahkan ketulenan perisai tersebut setelah melihat sendiri artifak yang disimpan rapi oleh Raja Aini itu. Namun, delegasi tersebut pulang tanpa membawa balik perisai itu.

Oleh yang demikian, sebagai pemegang amanah yang kini sudah hampir 2 dekad, beliau memohon agar diberikan keizinan oleh kerajaan Brunei untuk menyempurnakan akad pengembalian semula kepada waris keturunannya, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sut baju perisai dengan berat 30 kilogram itu tambahnya, sudah tiba masanya untuk dibawa pulang dan generasi muda Brunei layak menikmati lambang keagungan Kesultanan Melayu Brunei Darussalam pada satu ketika dahulu.

Berharap pada kuasa ‘viral’ media sosial

Raja Aini turut meminta bantuan keluarga rakannya, Nurul Shafizi Mazlan dan adiknya, Aina Nabila Mazlan untuk sama-sama menyebarkan perkhabaran itu di media sosial, dengan harapan perkara ini sampai ke perhatian Sultan Brunei. Sehingga kini, perkongsian mereka di laman Facebook, Instagram dan TikTok telah meraih lebih daripada 200,000 tontonan.

Diletakkan Secara Misteri Depan Rumah, Wanita Ini Cari Jalan Mahu Pulangkan Perisai Sultan Brunei Abad Ke-18
Sumber foto: IG belle.mielan

Semoga sut perisai ini dapat pulang semula ke pangkuan pemiliknya, sebagaimana pepatah ‘bagai sirih pulang ke gagang’.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwa Perlu Bersihkan Nama, Pesara Kerajaan Di Miri Tertipu RM 1.19 Juta Oleh Sindiket Macau Scam
Next Article Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?