• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dalam Fasa ‘Bercinta’, Pakatan Parti Politik Semenanjung Cuba Pikat GPS Untuk PRU15

Oleh
ILB - AI
19 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ibarat gadis cantik, ramai nak pikat

Dalam Fasa ‘Bercinta’, Pakatan Parti Politik Semenanjung Cuba Pikat GPS Untuk PRU15. Tidak dinafikan, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg terima pelawaan bekerjasama daripada pakatan politik di semenanjung bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, lapor Berita Harian.

Kias Premier Sarawak itu, GPS ibarat gadis cantik sehingga ramai yang berusaha untuk ‘menguratnya’.

ketika ini GPS dan pakatan parti politik di semenanjung masih dalam fasa ‘bercinta’ (berbaik-baik) dan sedang merancang untuk ‘bertunang’ (mengikat perjanjian).

Dalam Fasa 'Bercinta', Pakatan Parti Politik Semenanjung Cuba Pikat GPS Untuk PRU15
Dalam Fasa ‘Bercinta’, Pakatan Parti Politik Semenanjung Cuba Pikat GPS Untuk PRU15

Parti tempatan Sarawak guna manifesto sendiri

“Dah nama orang kacak, semua orang ngagak, tapi kinek tuk masih bergerek, belum bertunang lagi. (Dah namanya orang cantik, semua orang cuba mendekati, tetapi sekarang masih bercinta lagi, belum bertunang).

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg

Katanya lagi, GPS akan meletakkan calon di semua 31 kerusi parlimen di Sarawak pada PRU-15.

Empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratif Progresif (PDP) sepakat dengan pembahagian kerusi yang ditetapkan sebelum ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kredit foto: Awani

Ujarnya lagi, buat pertama kali PRU15 akan menyaksikan empat parti tempatan Sarawak menggunakan manifesto sendiri kerana pada PRU14 empat parti itu masih bernaung bawah Barisan Nasional (BN).

Antara perkara utama dalam manifesto nanti ialah tiga tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang belum diselesaikan.

Menurutnya, tiga perkara itu ialah Perkara 112D berkenaan agihan geran tahunan daripada Kerajaan Persekutuan, mengembalikan kuasa pentadbiran Mahkamah Tinggi Borneo dan mendapatkan pengiktirafan beberapa jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta Jabatan Pengarian dan Saliran.

Lagi cerita menarik, baca di sini:

Sarawak Kini Menjadi Pembekal Tenaga Terbesar Di Malaysia Dan Kalimantan
Abang Jo Bakal Tubuh Satu Lagi Bangunan Sewa Rendah Untuk Pelajar Sarawak Di Semenanjung
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan 'Pendakwah' Ini Adalah Scammer Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan ‘Pendakwah’ Ini Adalah Scammer
Next Article Buat Sakit Mata, Poster Sambutan Hari Belia Sarawak Menerima Kecaman Netizen Buat Sakit Mata, Poster Sambutan Hari Belia Sarawak Menerima Kecaman Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?